Pembangunan kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Nyanyian Lagu Melayu Asli untuk institusi pendidikan formal (IR)

Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tengku Ritawati Tengku Dachlan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=861
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan untuk meneliti aspek-aspek teknik dan estetik Nyanyian Lagu Melayu Asli (NLMA) dalam transmisinya secara tradisional, seterusnya disinergikan dengan ilmu pendidikan muzik bagi membangunkan kurikulum yang dapat diaplikasikan ke dalam pengajaran dan pembelajaran di intitusi pendidikan formal. Penyelidikan ini melibatkan kerja lapangan dengan menggunakan teknik temu bual separa struktur terhadap empat orang lagenda NLMA, kajian perpustakaan, kajian diskografi, dan nota lapangan untuk pengumpulan data yang selanjutnya diolah dengan mengimplementasikan kaedah deskriptif-analisis. Hasil daripada penyelidikan ini adalah sebuah Rancangan Reka bentuk Kurikulum (RK) dan Rancangan Instruksional (RI) Pengajaran dan Pembelajaran NLMA dalam institusi pendidikan formal mengikut format standard kurikulum yang digariskan oleh Bahagian Pembangunan Akademik dan Qualiti (BPAQ) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penyelidikan ini menyimpulkan bahawa budaya muzikal tempatan seharusnya mendapat tempat dalam pendidikan formal melalui proses penstrukturan yang sistematik dan pengesahan pakar. Penyelidikan ini telah menghasilkan sebuah model pembelajaran dan pengajaran merangkumi kemahiran dan pengetahuan NLMA dalam pendidikan formal yang diharapkan memberi sumbangan signifikan terhadap kelestarian NLMA pada masa hadapan.