Analisis perhimpunan gabungan pilihan raya bersih dan adil (BERSIH)

<p>Perhimpunan awam merupakan salah satu elemen penting dalam sistem demokrasi sesebuah negara sebagai saluran untuk membawa suara rakyat. Pelbagai perhimpunan awam telah diadakan dalam sejarah Malaysia seperti kegiatan mogok pekerja yang digiatkan pada era kolonial, perhimpunan menent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chin, Margaret Kah Mun
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8611
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Perhimpunan awam merupakan salah satu elemen penting dalam sistem demokrasi sesebuah negara sebagai saluran untuk membawa suara rakyat. Pelbagai perhimpunan awam telah diadakan dalam sejarah Malaysia seperti kegiatan mogok pekerja yang digiatkan pada era kolonial, perhimpunan menentang Malayan Union dan gerakan pelajar yang diiringi oleh golongan mahasiswa pada 1970-an. Seterusnya, perhimpunan Reformasi 1998 juga merupakan antara perhimpunan awam yang signifikan di Malaysia. Namun, perhimpunan BERSIH adalah antara perhimpunan awam yang dapat mengekalkan penganjurannya selama 10 tahun daripada 2007 hingga 2016. Kajian ini dikemukakan adalah untuk membandingkan bezakan perhimpunan BERSIH 1.0 hingga BERSIH 5.0, mengenal pasti strategi mengekalkan penganjuran perhimpunan BERSIH dan menilai pencapaian tuntutan perhimpunan BERSIH. Pendekatan kualitatif khususnya temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen telah digunakan untuk mendapatkan maklumat. Sebanyak lapan orang informan telah ditemu bual dalam kalangan bekas jawatankuasa pemandu BERSIH, sekretariat BERSIH, aktivis sosial dan ahli akademik untuk menjawab objektif kajian ini. Hasil kajian ini menemui tiga dapatan utama. Pertama, pola perhimpunan BERSIH menunjukkan perkembangan yang positif daripada aspek tuntutan yang dicapai, cara penganjuran yang pelbagai dan bilangan peserta yang bertambah. Kedua, hasil kajian mendapati lima strategi BERSIH untuk mengekalkan penganjuran perhimpunan BERSIH. Ketiga, dapatan kajian menunjukkan tiga daripada 14 tuntutan perhimpunan BERSIH telah tercapai. Namun begitu, pencapaian tuntutan perhimpunan BERSIH yang lain dipertingkatkan selaras dengan peralihan kuasa kerajaan selepas PRU tahun 2018. Selain itu, perhimpunan BERSIH juga mendatangkan implikasi positif seperti meningkatkan ruang demokrasi Malaysia. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati perhimpunan BERSIH memainkan peranan penting dalam pembaharuan sistem pilihan raya dan pendemokrasian Malaysia serta pembaharuan institusi awam Malaysia. Walau bagaimanapun, keamanan sosial juga perlu dikekalkan melalui mekanisme pengawalan seperti undang-undang untuk menggelakkan perhimpunan awam dimanipulasikan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.</p>