Pembangunan dan penentusahan rubrik pentaksiran prestasi bagi mentaksir projek reka bentuk seni bina di politeknik Malaysia (IR)

Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurfirdawati Muhamad Hanafi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=862
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk menghasilkan dan menentusahkan standard rubrik untuk mentaksir projek reka bentuk seni bina. Reka bentuk kajian berbentuk pembangunan dan pengujian dengan menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Empat rubrik telah dibina menggunakan pendekatan Model ADDIE dan Kerangka Pembangunan Rubrik, iaitu Rubrik Penilaian Konseptual Idea, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Pelan Tapak dan Lantai, Rubrik Penilaian Reka Bentuk Bumbung, Fasad dan Keratan Bangunan, dan Rubrik Penilaian Pembentangan Akhir. Rubrik telah melalui dua peringkat pengujian iaitu pengujian alfa (rintis) dan pengujian beta (sebenar). Rubrik disemak dan disahkan oleh 11 orang pakar sebelum digunakan. Data ujian rintis (pengujian alfa) dianalisis menggunakan pendekatan Model Rasch dan hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai indeks kebolehpercayaan yang tinggi. Pengujian beta dilaksanakan di tiga buah politeknik, melibatkan 136 pelajar semester 5 dan 48 pemeriksa (19 pensyarah dan 29 rakan pelajar). Data dianalisis menggunakan pendekatan Model Pengukuran Rasch Pelbagai Faset (MFRM). Hasil analisis menunjukkan rubrik yang dibina mempunyai kesahan kandungan yang tinggi, dapat mengukur kebolehan pelajar dengan baik, meningkatkan kebolehpercayaan antara pemeriksa, item dapat mengukur dengan baik prestasi pelajar dan skala pemeringkatan berfungsi dengan baik. Analisis juga menunjukkan ralat pengukuran yang disumbangkan oleh rakan pelajar adalah lebih tinggi berbanding pensyarah. Pensyarah dan pelajar adalah positif terhadap penggunaan rubrik dalam mentaksir projek yang diberikan. Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan rubrik yang dihasilkan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mentaksir projek reka bentuk seni bina di Politeknik. Ini secara langsung mempamerkan kebolehgunaan rubrik yang dibina sebagai instrumen untuk mengukur prestasi pelajar dalam melaksanakan projek reka bentuk seni bina di Politeknik di Malaysia.