Keberkesanan Program Latihan Imbangan bagi kemahiran gerak kaki terhadap pemain bola jaring daerah Rompin

Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Manual Program Latihan Imbangan terhadap

tahap imbangan dan gerak kaki dalam kalangan pemain bola jaring daerah Rompin.

Reka bentuk kajian ini adalah kuasi Eksperimental men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kathiresan Moorthy
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8632
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan Manual Program Latihan Imbangan terhadap

tahap imbangan dan gerak kaki dalam kalangan pemain bola jaring daerah Rompin.

Reka bentuk kajian ini adalah kuasi Eksperimental menggunakan praujian dan

pascaujian. Seramai 42 pemain bola jaring bawah 12 tahun dari dua buah sekolah

rendah daerah Rompin dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan

kawalan (N=21) dan kumpulan rawatan (N=21). Kajian ini menggunakan instrumen

ujian imbangan dinamik bagi menilai tahap kawalan keseimbangan badan dan borang

skor gerak kaki bagi menilai kesalahan gerak kaki. Hasil kajian menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan dalam tahap pencapaian imbangan pemain kumpulan

rawatan. Analisis Ujian-t tidak bersandar menunjukkan kumpulan rawatan mencapai

tahap imbangan yang tinggi (M = 93.29, SP = 4.256) = .000, p < 0.5 berbanding dengan

kumpulan kawalan (M = 51.62, SP = 4.598). Program latihan imbangan memberi kesan

yang positif terhadap tahap imbangan dan pengurangan kesalahan gerak kaki pemain

bola jaring. Kesimpulannya, Program latihan imbangan dalam permainan bola jaring

sangat sesuai diaplikasikan oleh jurulatih bola jaring dalam usaha mengurangkan

kesalahan gerak kaki dalam kalangan pemain bola jaring daerah Rompin.