Pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan peribahasa Bahasa Melayu menggunakan bahan multimodal di sekolah menengah

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan murid dalam peribahasa bahasa

Melayu dengan menggunakan bahan multimodal di samping menarik minat murid

untuk mengikuti sesi pembelajaran peribahasa di dalam kelas. Obj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shaline Sanmugam
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8633
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji tahap penguasaan murid dalam peribahasa bahasa

Melayu dengan menggunakan bahan multimodal di samping menarik minat murid

untuk mengikuti sesi pembelajaran peribahasa di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah

untuk mengenal pasti strategi yang digunakan oleh guru dalam melaksanakan

peribahasa di sekolah, mengenal pasti pendekatan PdPc guru menggunakan bahan

multimodal dan menghuraikan kesan penggunaan bahan multimodal dalam pengajaran

peribahasa bahasa Melayu terhadap pembelajaran murid. Kajian ini berbentuk kualitatif

dengan menggunakan kaedah kajian kes. Tiga teknik pengumpulan data telah

digunakan, iaitu pemerhatian, temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen. Tiga

orang guru bahasa Melayu terlibat sebagai peserta kajian utama, manakala murid-murid

di dalam kelas mereka turut dijadikan sebagai informan. Dapatan kajian menunjukkan

bahawa terdapat dua strategi yang digunakan oleh guru untuk mengajar peribahasa

bahasa Melayu menggunakan elemen bahan multimodal, iaitu strategi berpusatkan guru

dan strategi berpusatkan murid. Pendekatan PdPc yang kerap digunakan oleh guru ialah

pendekatan belajar sambil bermain dengan menggunakan bahan multimodal seperti

bahan visual, auditori dan kinestetik. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan bahan

multimodal dalam PdPc peribahasa bahasa Melayu dapat membantu mewujudkan

suasana pembelajaran yang aktif, menarik minat murid, mendorong murid untuk lebih

fokus, berfikiran terbuka, kreatif, kritis dalam menyelesaikan masalah dan turut

meningkatkan prestasi murid dalam menguasai peribahasa di dalam kelas. Secara

keseluruhannya, kajian ini memberi implikasi terhadap pembelajaran murid, iaitu dapat

mempengaruhi sikap, motivasi dan pencapaian mereka dalam pembelajaran bahasa

Melayu, khususnya dalam aspek peribahasa, serta dapat mendorong guru bahasa

Melayu untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka di sekolah bersesuaian

dengan teknik pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.