Kesatuan Organik dalam pengkaryaan seni rupa kontemporari berasaskan seni cetak di Malaysia

<p>Penyelidikan ini bertujuan mengkaji Kesatuan Organik iaitu subjek, bentuk dan makna karya berasaskan seni cetak oleh artis-artis seni rupa kontemporari Malaysia. Perkara ini bagi menjelaskan hubungan subjek, bentuk dan makna terhadap tindakan di luar batas disiplin konvensional seni...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosiah Md Noor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8639
Tags: Add Tag
Description
Summary:<p>Penyelidikan ini bertujuan mengkaji Kesatuan Organik iaitu subjek, bentuk dan makna karya berasaskan seni cetak oleh artis-artis seni rupa kontemporari Malaysia. Perkara ini bagi menjelaskan hubungan subjek, bentuk dan makna terhadap tindakan di luar batas disiplin konvensional seni cetak. Peranan media dan teknik seni cetak yang dianggap kurang penting dalam membentuk seni kontemporari abad ke-21 di Malaysia adalah isu utama kajian. Teori bentuk dan makna melalui model Kesatuan Organik dijadikan rujukan dalam membentuk kerangka konseptual. Kajian Kes dan Analisis Kandungan digunakan sebagai kaedah reka bentuk penyelidikan menerusi pendekatan kualitatif. Kajian Kes Pelbagai digunakan dalam pengumpulan data kerana artis-artis kontemporari mempunyai perbezaan latarbelakang dan penghasilan karya. Lima orang artis dipilih melalui kaedah pensampelan bertujuan, mudah dan pertimbangan. Data diperolehi menerusi teknik penelitian dokumen, pemerhatian visual dan temubual sebagai strategi triangulasi kajian. Data-data ini dianalisa menggunakan kaedah Analisa Kandungan dengan berbantukan aplikasi komputer iaitu perisian ATLAS.ti 8. Hasil dapatan membuktikan bahawa, Kesatuan Organik karya-karya kontemporari berasaskan cetakan adalah berhubungan menerusi aplikasi media dan teknik seni cetak. Artis-artis menggunakan media dan teknik seni cetak dengan pendekatan baru dan melakukan tindakan pelangkauan batas disiplin seni cetak konvensional. Secara kesimpulan, bidang seni cetak tidak terpinggir malahan masih signifikan terhadap bentuk dan makna karya seni kontemporari. Bidang seni cetak menjadi ekslusif kerana aplikasinya melibatkan kreativiti dan inovasi untuk kekal unik dan dinamik. Implikasi kajian menyumbang kepada pengetahuan baru menerusi model pengkaryaan seni cetak kontemporari yang menawarkan manfaat kepada perkembangan seni cetak di Malaysia.</p>