Pembinaan instrumen penilaian hubungan tingkah laku dan persekitaran ke atas peratus lemak tubuh

Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen hubungan tingkah laku dan persekitaran

ke atas peratus lemak tubuh dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah 10 dan

11 tahun di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian i...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Siha Jaapar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8657
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen hubungan tingkah laku dan persekitaran

ke atas peratus lemak tubuh dalam kalangan murid perempuan sekolah rendah 10 dan

11 tahun di daerah Hulu Langat, Selangor. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif

dengan menggunakan kaedah rekabentuk korelasi. Kajian ini melibatkan seramai

n=250 orang murid perempuan sekolah rendah yang dipilih dengan menggunakan

kaedah persampelan rawak gabungan (mudah, berlapis dan sistematik). Kajian telah

dijalankan dalam tiga fasa iaitu fasa pertama untuk membangunkan instrumen dan

mendapatkan kesahan kandungan daripada pakar bahasa dan pakar bidang, fasa kedua

pula adalah kajian rintis bagi mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan item

instrumen soal selidik. Manakala bagi fasa ketiga merupakan kajian sebenar yang

dijalankan dalam kajian ini. Instrumen di dalam kajian ini menggunakan instrumen

soal selidik tingkahlaku dan persekitaran sebanyak 45 item soalan. Instrumen soal

selidik mempunyai dua gagasan iaitu tingkah laku dan persekitaran. Gagasan tingkah

laku terdiri daripada sedentari, pemakanan dan aktiviti fizikal. Manakala gagasan

persekitaran mengandungi komponen media, keluarga dan sekolah. Analisis statistik

yang digunakan untuk kesahan soal selidik adalah menggunakan Confirmatory Factor

Analysis (CFA) manakala bagi mendapatkan pekali nilai kebolehpercayaan soal selidik

pula mengggunakan alpha Cronbach. Sementara, analisis hubungan tingkah laku dan

persekitaran menggunakan korelasi Pearson Product Moment. Dapatan kajian bagi

analisis alpha Cronbach untuk gagasan tingkah laku dan persekitaran adalah 0.68, hasil

analisis CFA bagi ujian Bartlett's Test of Sphericity adalah signifikan (p=.000), nilai

KMO (Kaiser Meyer Olkin) 0.58. Hasil analisis nilai korelasi tingkah laku adalah

tingkah laku sedentari p = .016 , p < .05 , nilai korelasi r = - .153 adalah signifikan.

Manakala tingkah laku pemakanan adalah p = .016, p < .05, nilai korelasi r = -.152

adalah signifikan dan tingkah laku aktiviti fizikal p = .001, p < 0.05 , nilai korelasi r =

-.225 juga adalah signifikan. Analisis persekitaran media p = .042 , p < .05 , nilai

korelasi r = - .129 adalah signifikan. Manakala pemboleh ubah persekitaran keluarga

adalah p = .022 , p < .05, nilai korelasi r = -.166 adalah signifikan dan pemboleh ubah

persekitaran sekolah p = .009, p < 0.05 , nilai korelasi r = -.145.Kesimpulannya,

instrumen yang dibina boleh digunakan ke atas murid perempuan sekolah rendah

berumur 10 dan 11 tahun sebagai instrumen intervensi menangani obesiti dalam

kalangan murid perempuan sekolah rendah.