Hubungan sosioekonomi keluarga dan pengaruh rakan sebaya terhadap gejala gengsterisme murid India

Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor penglibatan gengsterisme

dalam kalangan murid India di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini

meninjau hubungan taraf sosioekonomi keluarga dan pengaru...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: M.Sreetharan V.Marimuthu
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8667
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor penglibatan gengsterisme

dalam kalangan murid India di sekolah menengah. Secara khususnya, kajian ini

meninjau hubungan taraf sosioekonomi keluarga dan pengaruh rakan sebaya yang

mendorong kegiatan gengsterisme murid India. Pendekatan kuantitatif dengan reka

bentuk kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Sampel dipilih dengan

menggunakan teknik persampelan bertujuan melibatkan 234 orang murid India

tingkatan 1, 2 dan 4 dari 7 buah sekolah menengah harian di Wilayah Persekutuan,

Kuala Lumpur. Tiga jenis instrumen kajian digunakan iaitu Inventory of Parent and

Peer Attachment (IPPA), Instrument Kuppuswamy Scale of Family Socioeconomic

Status (1976) dan Instrument Attitudes Toward Gangs (ATG). Data yang diperolehi

dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa min berada pada tahap tinggi bagi keempat-empat faktor

tahap sosioekonomi keluarga; persekitaran sosial tempat tinggal, pendapatan seisi

keluarga, sikap pendidikan ibu bapa dan institusi kekeluargaan. Analisis selanjutnya

menunjukkan hubungan positif yang kuat dan signifikan bagi kedua-dua taraf

sosioekonomi keluarga dan pengaruh rakan sebaya kepada penglibatan murid India

dalam gengsterisme. Kajian ini menunjukkan bahawa taraf sosioekonomi keluarga dan

pengaruh rakan sebaya merupakan faktor penglibatan murid India di sekolah menengah

dalam gengsterisme. Secara ringkasnya, kajian ini dapat memberi input terhadap guru,

ibu bapa, pemimpin masyarakat, Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia,

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Institut Kajian Etnik bagi meningkatkan

keberkesanan pembasmian gejala gengsterisme dalam kalangan murid sekolah.