Membina dan menilai modul bioaction bagi pengendalian aktiviti amali mata pelajaran Biologi tingkatan empat (IR)

Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kannan Rajagopal
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=868
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan membangun dan menilai Modul Bioaction berorientasikan Model ASSURE dan digabungjalinkan dengan Model Inkuiri, IDEAL dan Model Konstruktivisme Needham Lima Fasa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif, melibatkan 60 orang pelajar Tingkatan Empat aliran sains di sebuah sekolah daerah Cameron Highlands. Modul Bioaction yang dibina mengandungi manual eksperimen pelajar, manual guru, borang senarai semak penilaian keupayaan pelajar mengendalikan aktiviti amali, dua set kertas soalan penilaian dan skema jawapan. Bagi menilai modul ini, sebanyak tiga eksperimen telah dipilih berdasarkan sukatan pelajaran Biologi Sijil Pelajaran Malaysia. Setiap eksperimen melibatkan lima elemen iaitu keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen dengan topik pembelajaran. Kesemua elemen ini telah dinilai berdasarkan skrip jawapan pelajar kecuali elemen menjalankan eksperimen yang dinilai secara langsung dan menggunakan rakaman video berpandukan borang senarai semak. Hasil kajian mendapati bahawa Modul Bioaction berupaya membimbing dan menilai keupayaan mengendalikan aktiviti amali. Kajian juga mendapati tahap keupayaan mengendalikan aktiviti amali mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian mata pelajaran Biologi. Keupayaan merancang eksperimen, menjalankan eksperimen, mengumpul data, mentafsir data serta membuat kesimpulan, dan mengaplikasi eksperimen saling berhubungan dengan keupayaan mengendalikan aktiviti amali. Kesimpulannya, tahap keupayaan mengendalikan aktiviti amali mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Biologi. Implikasinya, Modul Bioaction ini mampu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang dinamik serta berpusatkan pelajar bagi mata pelajaran Biologi. Modul ini sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam aktiviti amali mata pelajaran Biologi Tingkatan Empat memandangkan manual pelajar yang disediakan mengandungi cadangan yang teratur untuk mengendalikan eksperimen serta contoh-contoh konkrit pembelajaran aktif berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan. Bahan dalam Modul Bioaction ini juga sangat fleksibel serta boleh diubahsuai.