Citra,perjuangan dan status wanita dalam kumpulan cerpen Ko.Punniavan

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita, menganalisis perjuangan wanita dan menghuraikan status wanita dalam kumpulan cerpen Ko.Punniavan. Oleh itu, pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks di samping teori feminisme budaya yan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Saravanan Perumal
Format: thesis
Language:tam
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8689
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti citra wanita, menganalisis perjuangan wanita dan menghuraikan status wanita dalam kumpulan cerpen Ko.Punniavan. Oleh itu, pendekatan kualitatif yang merangkumi kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks di samping teori feminisme budaya yang dipelopori oleh Brooke Williams pada tahun 1975 digunakan untuk menjalankan kajian ini. Feminisme budaya ialah fahaman bahawa wanita akan mencapai emansipasi melalui budaya wanita alternatif. Dapatan kajian mendapati bahawa hanya sebanyak 17 buah cerpen daripada 48 cerpen yang telah diterbitkan dalam tiga buah kumpulan cerpen Ko.Punniavan berjudul Nijam, Cirai, Ethirvinaikal mencerminkan feminisme budaya. Cerpen-cerpen tersebut dipilih sebagai korpus kajian kerana penulisnya Ko. Punniavan merupakan seorang penulis feminis yang popular di Malaysia. Dalam 17 buah cerpen tersebut, aspek citra, perjuangan dan status kaum wanita dapat dikesan pada watak isteri dalam lima buah cerpen, ibu dalam empat buah cerpen, kekasih serta pekerja wanita masing-masing dalam dua buah cerpen dan anak perempuan, kakak, pelakon wanita dan ibu tunggal masing-masing dalam sebuah cerpen. Kesemua wanita tersebut dicitrakan sebagai watak yang bersifat mematuhi ciri-ciri feminisme budaya; diemansipasikan sebagai pejuang untuk mencapai kejayaan dan status sebagai wanita yang berjaya dalam perjuangan mereka. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa ciri-ciri feminisme budaya masih kukuh dalam kalangan wanita kaum Tamil Malaysia. Implikasi kajian ini berfaedah kepada penggubal dasar pada masa hadapan yang dapat memahami peranan wanita dalam keluarga dan masyarakat di samping membantu mereka berdikari.</p>