Unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epic Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia
<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epik Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia. Etnografi sejarah merupakan satu cabang dalam bidang antropologi yang mengkaji asal-usul sesebuah suku kaum berdasarkan ciri-ciri khusus yang...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | tam |
Published: |
2020
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8692 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji unsur ketuhanan mengikut etnografi sejarah dalam epik Silapathikaram dengan masyarakat India di Malaysia. Etnografi sejarah merupakan satu cabang dalam bidang antropologi yang mengkaji asal-usul sesebuah suku kaum berdasarkan ciri-ciri khusus yang dikaji untuk dijadikan sebagai sebagai bahan sejarah untuk generasi akan datang. Oleh kerana, epik Silapathikaram merupakan dalam bentuk kesusasteraan penyelidik menggunakan kaedah kualitatif untuk menganalisis kandungan dalam epik tersebut untuk memungut data kajian. Pengkaji telah melakukan kajian lapangan dengan mengambil gambar dan artifak untuk mengumpul data mengenai cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Epik Silapathikaram yang dikaryakan oleh Ilanggovadigal pada kurun 2 masihi iaitu pada Zaman Sangam. Epik ini mengambarkan gaya hidup masyarakat pada zaman purba. Walaupun terdapat banyak epik dalam kesusasteraan Tamil unsur ketuhanan yang terdapat dalam epik ini kurang dikaji oleh para penyelidik. Bakthavatsala Barathi merupakan seorang pakar dalam bidang antropologi menyifatkan terdapat unsur Etnografi yang mengaji tentang gaya hidup suku kaum dalam epik ini. Bakthavatsala Barathi menyifatkan terdapat 52 ciri boleh digunakan untuk mengkaji asal-usul suku kaum. Berdasarkan model Bakthavatsala Barathi, lima aspek ini dianggap penting iaitu jenis tuhan, kepercayaan, agama, sambutan, cara penyembahan boleh dikategorikan di bawah aspek yang menerangkan ketuhanan. Analisis epik Silapathikaram dijalankan dengan menggunakan model Bakthavatsala Barathi yang mengkaji 5 unsur ketuhanan sahaja, iaitu jenis tuhan, cara penyembahan tuhan, agama, kepercayaan, sambutan terhadap tuhan yang diambil daripada 52 ciri-ciri tersebut. Dapatan kajian menunjukkan masyarakat Tamil yang digambarkan dalam epik Silappathikaram menyembah pelbagai Tuhan; mengikuti pelbagai cara untuk penyembahan terhadap Tuhan; mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap Tuhan; menyambut pelbagai sambutan dan menganuti pelbagai agama. Unsurunsur ketuhanan dalam epik tersebut juga mempunyai persamaan dalam cara hidup masyarakat India di Malaysia terhadap Tuhan. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa unsur-unsur ketuhanan, kepercayaan, cara penyembahan, agama dalam epik kuno Silapathikaram adalah sama dengan kepercayaan dan ibadat kaum India di Malaysia. Implikasinya, epik Silapthikaram boleh dijadikan rujukan dalam menguatkan kepercayaan dan amalan keagamaan untuk kaum India di Malaysia.</p> |
---|