Kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program terhadap prestasi pengaturcaraan dan efikasi-kendiri pelajar (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program (InterViz) terhadap prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri pelajar yang berbeza keupayaan pemikiran logik. Penilaian dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca dan Computer Pro...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Rosminah Md Derus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=871
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan pelbagai strategi pembelajaran aktif berbantukan visualisasi program (InterViz) terhadap prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri pelajar yang berbeza keupayaan pemikiran logik. Penilaian dilakukan melalui ujian pra, ujian pasca dan Computer Programming Self- Efficacy Scale. Manakala, empat strategi pembelajaran aktif telah dilaksanakan berpandukan empat aras tertinggi Engagement Taxonomy (ET) iaitu bertindak balas (SPAB), ubahsuai (SPAU), membina (SPAM) dan pembentangan (SPAP). Reka bentuk kajian berbentuk eksperimen kuasi dan ujian statistik ANCOVA, ANOVA dan analisis regresi digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Seramai 169 pelajar semester 5 kursus Diploma Kejuruteraan Elektronik (Teknologi Komputer) dari empat buah politeknik dipilih sebagai sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasikendiri antara kumpulan pelajar yang menerima strategi pembelajaran aktif berasaskan empat aras tertinggi ET yang berbeza. Selain itu, daripada aspek keupayaan pemikiran logik pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari sudut prestasi pengaturcaraan perkakasan dan efikasi-kendiri dalam kalangan kumpulan pelajar yang mempunyai tahap pemikiran logik tinggi dan juga tahap pemikiran logik rendah. Kajian ini juga menemui peranan efikasi-kendiri sebagai pengantara separa yang signifikan terhadap perhubungan antara strategi pembelajaran aktif dengan prestasi pengaturcaraan perkakasan pelajar. Implikasi daripada kajian ini menunjukkan strategi pembelajaran aktif membina (SPAM) didapati mampu meningkatkan prestasi pengaturcaraan perkakasan pelajar serta meningkatkan juga aras efikasi-kendiri mereka. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan penggunaan gabungan sekurangkurangnya tiga aras tetinggi ET iaitu dari aras bertindak balas, aras mengubahsuai dan aras membina dalam merancang strategi lembaran kerja makmal untuk pembelajaran pengaturcaraan berbantukan visualisasi program.