Kesan penggunaan kaedah bulat dan potong terhadap pemahaman, minat dan pencapaian numerasi murid tahun 1

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kaedah bulat dan potong

terhadap pemahaman, minat dan pencapaian numerasi murid Tahun 1 bagi fakta asas

operasi tolak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk ku...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rohani Saimi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8715
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan penggunaan kaedah bulat dan potong

terhadap pemahaman, minat dan pencapaian numerasi murid Tahun 1 bagi fakta asas

operasi tolak. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen telah

digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian ini melibatkan 62 orang murid Tahun 1 dari

sebuah sekolah di daerah Klang, Selangor. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan

iaitu kumpulan rawatan (n = 31) dan kumpulan kawalan (n = 31). Dua instrumen telah

digunakan dalam kajian ini iaitu borang soal selidik dan soalan ujian pencapaian. Data

dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan analisis soal selidik menunjukkan

nilai min pemahaman (M = 3.63; SP = 0.42) dan minat (M = 3.25; SP = 0.43) adalah

tinggi. Ini menunjukkan pemahaman dan minat murid terhadap numerasi berada pada

tahap yang baik. Dapatan ujian pra untuk kedua-dua kumpulan menunjukkan skor min

hampir sama untuk kumpulan rawatan (M = 6.03; SP = 2.19) dan kumpulan kawalan

(M = 5.08; SP = 2.11). Namun, skor min ujian pasca bagi kumpulan rawatan adalah

lebih tinggi (M = 14.53; SP = 1.75) berbanding kumpulan kawalan (M = 9.96; SP =

3.14). Keputusan ujian-t untuk kumpulan rawatan menunjukkan perbezaan signifikan

antara ujian pra dan pasca (t = -24.85; p < 0.05). Kesimpulannya, kajian ini

menunjukkan kaedah bulat dan potong dapat meningkatkan pemahaman, minat dan

pencapaian numerasi murid Tahun 1. Implikasinya, kaedah bulat dan potong sesuai

digunakan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran numerasi agar murid

Tahun 1 lebih memahami fakta asas operasi tolak.