Kewajaran penerapan identiti budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah Klang

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kewajaran penerapan identiti

budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah

Klang. Dalam konteks kajian, identiti budaya tem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Fitriah Patlillah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8716
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kewajaran penerapan identiti

budaya tempatan dalam mata pelajaran seni di sekolah antarabangsa sekitar Lembah

Klang. Dalam konteks kajian, identiti budaya tempatan (IBT) merupakan unsur-unsur

kesenian masyarakat tempatan di Malaysia yang merupakan simbolik dan asas ciri-ciri

budaya masyarakat Malaysia. Teori kajian adalah gabungan Model Gagne dan Style

oleh Meyer Schapiro memfokuskan elemen pengajaran dan pembelajaran seni. Kajian

ini menggunakan kaedah reka bentuk kajian kes. Kaedah kuantitatif hanya digunakan

bagi menyokong dapatan kualitatif. Kajian di Sekolah A, sebuah sekolah antarabangsa

di Lembah Klang. Semua pelajar Tahun 5 dalam kelas yang dipilih dijadikan sampel.

Instrumen utama yang digunakan adalah temu bual, melalui tiga orang guru seni dan

tiga orang murid Tahun 5. Analisis data temubual menggunakan kaedah analisis

kandungan secara manual daripada data transkrip dan dibangunkan mengikut tematema.

Bagi mengenal pasti kesediaan guru dalam penerapan IBT, dapatan pemerhatian

mendapati tema yang muncul adalah persediaan, kemahiran, dan pengetahuan guru.

Guru-guru seni sekolah antarabangsa perlu mempunyai persediaan, kemahiran, dan

pengetahuan dalam IBT bagi menerapkan IBT mata pelajaran seni. Bagi menganalisa

minat sedia ada murid-murid terhadap IBT, dapatan temubual mendapati tema-tema

yang muncul adalah latar belakang murid, tahap penguasaan, minat, dan pengalaman

sedia ada murid. Hasil kajian menunjukkan murid-murid mempunyai minat sedia ada

terhadap IBT. Dalam mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

penerapan IBT terhadap nilai murni dan jati diri murid, dapatan temubual mendapati

tema yang muncul adalah faktor PdP, strategi PdP, tugasan, minat, kesediaan murid,

dan kesediaan guru. Faktor-faktor tersebut adalah aspek yang penting dan efisyen

dalam meningkatkan keberkesanan penerapan IBT terhadap nilai murni dan jati diri.

Kesimpulannya, walaupun memperoleh maklum balas positif mengenai kesediaan guru

dan minat sedia ada murid, namun murid-murid masih kurang diberi pendedahan

mengenai IBT. Murid-murid perlu didedahkan lagi dengan IBT. Implikasi kajian ialah

guru-guru perlulah mempelbagaikan lagi aktiviti mengenai IBT di dalam dan luar bilik

darjah, mahupun melaksanakan program lawatan sambil belajar ke muzium dan galerigaleri

seni yang memaparkan IBT.