Kajian dalam puisi Haiku karya Na.Patchaibalan dari perspektif teori Strukturalisme

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji puisi-puisi Haiku karya Na.Patchaibalan

berdasarkan teori Strukturalisme. Objektif-objektif kajian ini ialah mengenal pasti tema yang

terdapat dalam puisi-puisi Haiku Na.Patchaiba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Demaisuria Kaniasan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8719
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji puisi-puisi Haiku karya Na.Patchaibalan

berdasarkan teori Strukturalisme. Objektif-objektif kajian ini ialah mengenal pasti tema yang

terdapat dalam puisi-puisi Haiku Na.Patchaibalan berdasarkan teori strukturalisme. Selain itu,

menganalisis struktur puisi-puisi Haiku Na.Patchaibalan berdasarkan tema yang dianalisis dan

menghuraikan fungsi simbol alam dalam puisi yang dianalisis berdasarkan tema. Kajian ini

menggunakan pendekatan kualitatif secara deskriptif berdasarkan analisis dokumen

iaitu, terhadap puisi haiku karyaan Na.Patchaibalan daripada buku travelog Ilakkiya

Payanathil Haiku Paadagan. Pemilihan puisi haiku berdasarkan kepada tema dan

memberi fokus kepada struktur luaran, struktur dalaman dan fungsi simbol alam. Data

diperoleh dianalisis secara analisis tematik melalui pembacaan dan penelitian bahan

kajian, pemilihan data kesemua haiku yang ditulis oleh penyair. Kesemua 93 puisi

haiku mempunyai tema, struktur luaran puisi dan fungsi simbol alam masing-masing.

Sembilan puisi haiku mempunyai tema berunsurkan alam manakala 11 puisi haiku

bertemakan kritikan terhadap masyarakat. Berdasarkan hasil kajian mendapati dua

belas tema secara keseluruhannya dalam puisi-puisi Haiku karyaan Na.Patchaibalan.

Pembahasan tema dibuat dengan memberikan tumpuan ke atas apspek struktur dalaman

puisi yang menekankan perasaan, pengalaman dan renungan penulis terhadap seseorang

individu, alam dan masyarakat. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat aspek

struktur bahasa iaitu bentuk, jenis, suku kata dan penggunaan kata dalam puisi-puisi

Haiku Na.Patchaibalan. Hasil kajian mendapati bahawa sebanyak sepuluh simbol alam

terkandung dalam puisi-puisi Haiku Na.Patchaibalan dan pembahasan terhadap simbol

alam pula dikaji untuk menghuraikan fungsi simbol alam dalam makna tersirat puisipuisi

haiku Na.Patchaibalan. Kesimpulannya, kajian ini mendapati haiku karyaan

Na.Patchaibalan memiliki keistimewaan yang tersendiri iaitu ia mudah untuk dibaca,

difahami serta digemari oleh generasi muda masa kini. Implikasinya, hasil kajian ini

dapat dijadikan sumber rujukan kepada masyarakat untuk menyedari keindahan puisi

haiku dan terus menceburi bidang penulisan haiku pada masa hadapan.