Sistem pengukuran prestasi kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi pengurusan koperasi di Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem pengukuran prestasi

kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi

pengurusan koperasi di Malaysia. Dengan menggunakan reka b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Shahron Anuar Said
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8721
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara sistem pengukuran prestasi

kontemporari, komitmen terhadap organisasi, ciri-ciri pengurusan dan prestasi

pengurusan koperasi di Malaysia. Dengan menggunakan reka bentuk penyelidikan

kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan kaji selidik secara keratan rentas,

seramai 395 orang pengurusan koperasi dalam kalangan 100 koperasi terbaik di

seluruh Malaysia telah dipilih sebagai responden kajian dengan menggunakan teknik

persampelan rawak. Set soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah mendapat

kesahan pandangan pakar dan melalui fasa kajian rintis. Pra analisis data

dilaksanakan untuk memastikan set data dimasukkan dengan betul, mengatasi

masalah unsur luaran dan meminimumkan kesilapan. Statistik deskriptif seperti

kekerapan, min dan sisihan piawai, serta statistik inferensi seperti Partial Least

Squares Pemodelan Persamaan Berstruktur (PLS-SEM) digunakan untuk

menganalisis data kuantitatif. Teknik PLS-SEM ini digunakan untuk menguji hipotesis

berkaitan hubungan langsung, kesan pengantara dan kesan penyederhana yang

terlibat. Dapatan kajian menunjukkan sistem pengukuran prestasi kontemporari dan

komitmen terhadap organisasi masing-masing memberi kesan positif kepada prestasi

pengurusan koperasi ( = 0.088, p <0.05; = 0.221, p <0.05). Sistem pengukuran

prestasi kontemporari juga didapati mempunyai hubungan positif dengan komitmen

terhadap organisasi ( = 0.523, p <0.05). Selain itu, dapatan juga menunjukkan

komitmen terhadap organisasi bertindak sebagai pengantara di antara sistem

pengukuran prestasi kontemporari dan prestasi pengurusan koperasi ( = 0.116, p

<0.05). Walau bagaimanapun, ciri-ciri pengurusan tidak memberikan kesan

penyederhana di antara sistem pengukuran prestasi kontemporari dan prestasi

pengurusan koperasi ( = -0.008, p >0.05). Kesimpulannya, dapatan kajian

menunjukkan bahawa sistem pengukuran prestasi kontemporari dan komitmen

pengurusan terhadap organisasi masing-masing mempunyai hubungan positif yang

boleh mempengaruhi prestasi pengurusan koperasi. Implikasi kajian ini pula adalah

sistem pengukuran prestasi kontemporari dapat bertindak sebagai alat kawalan

pengurusan untuk memperoleh kelebihan daya saing yang berterusan di kalangan

koperasi melalui pengaruhnya terhadap tingkah laku individu seperti komitmen

pengurusan terhadap organisasi yang kemudiannya mempengaruhi prestasi

pengurusan mereka.