Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan

<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan untuk memgemukakan cadangan penambah baik dalam pelaksanaan PBD kepada guru dan murid mata pelajaran...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nor Asimah Zakaria
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8734
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah dalam kurikulum mata pelajaran Sains Rumah Tangga (SRT) bagi sekolah menengah harian di Negeri Kelantan untuk memgemukakan cadangan penambah baik dalam pelaksanaan PBD kepada guru dan murid mata pelajaran SRT. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model Stake Countenance (1967) yang berorientasikan pelanggan melibatkan tiga komponen iaitu komponen input, proses dan hasil jangka pendek. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan program SPSS Window versi 24.0 di mana analisis deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta analisis inferensi Regresi Berganda digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan PBD dalam kalangan guru dan murid mata pelajaran SRT hampir berjaya secara keseluruhannya. Ini berdasarkan analisis kajian yang menunjukkan tahap hasil jangka pendek pelaksanaan PBD iaitu peningkatan pengetahuan dan peningkatan kemahiran guru berada pada tahap yang tinggi. Manakala, pembentukan sikap positif murid berada pada tahap yang sangat tinggi. Penilaian input menunjukan bahawa tahap pengetahuan Standard Prestasi, Aras Taksonomi Bloom, JSU, kaedah pemarkahan dan etika penilaian adalah tinggi begitu juga dengan tahap input pengetahuan dan kefahaman murid juga tinggi. Bagi penilaian tahap proses aktiviti pelaksanaan PBD guru menunjukan bahawa tahap aktiviti membuat perancangan, mentadbir ujian dan membuat perekodan serta pelaporan adalah sangat tinggi, manakala aktiviti menganalisis evidens dan mengaplikasimaklumat pentaksiran adalah tinggi. Bagi proses tanggungjawab murid menunjukkan tahap yang sangat tinggi. Analisis Regresi Berganda mendapati terdapat satu variabel bebas yang menyumbang kepada peningkatan pengetahuan dan peningkatan kemahiran guru serta tiga faktor penyumbang kepada pembentukan sikap positif murid terhadap pelaksanaan PBD.</p>