Pembangunan dan penilaian keberkesanan VAELA bagi tajuk elektrokimia ke atas pencapaian dan tahap motivasi pelajar tingkatan empat

Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dilaksanakan bertujuan untuk

membangunkan dan menilai keberkesanan Video Assisted Electrochemistry

Learning Aids (VAELA) ke atas pencapaian dan tahap motivasi pelajar. Modul ini...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Khairunnisa Darus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8735
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian berbentuk kuasi eksperimen ini dilaksanakan bertujuan untuk

membangunkan dan menilai keberkesanan Video Assisted Electrochemistry

Learning Aids (VAELA) ke atas pencapaian dan tahap motivasi pelajar. Modul ini

dibina menggunakan reka bentuk instruksional Model ADDIE yang mengandungi

lima fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, pelaksanan penilaian. VAELA

turut dibina berdasarkan Teori Konstruktivisme dan Teori Kognitif Pembelajaran

Multimedia bagi memastikan modul yang terhasil adalah berkualiti. Responden

kajian terdiri daripada 72 pelajar tingkatan empat dibahagikan secara sama rata

kepada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Instrumen yang digunakan

untuk menilai tahap pencapaian pelajar adalah pra ujian dan pasca ujian pencapaian

elektrokimia. Tahap motivasi pelajar diukur dengan menggunakan pra dan pasca

soal selidik motivasi. Analisis ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan dalam skor pascaujian pencapaian elektrokimia antara kumpulan yang

menggunakan VAELA dan kumpulan yang menggunakan kaedah tradisional.

analisis ANOVA menunjukkan tiada kesan interaksi yang signifikan antara

kumpulan dan tahap motivasi yang berbeza dalam ujian pasca motivasi terhadap

ujian pencapaian elektrokimia dan Tuckey HSD Pos Hoc menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga tahap motivasi ke atas pencapaian

pelajar apabila menggunakan VAELA. Perbandingan skor pra soal selidik motivasi

dengan skor pasca soal selidik motivasi bagi kumpulan rawatan menunjukkan

perbezaan yang signifikan apabila dianalisis menggunakan ujian t. Kesimpulannya,

penggunaan VAELA berupaya untuk meningkatkan pencapaian dan tahap motivasi

pelajar dalam pembelajaran elektrokimia. Implikasinya, kajian ini memberi

sumbangan dalam pendidikan kimia sebagai salah satu aktiviti pembelajaran abad

ke-21.