Saling hubungan komponen-komponen persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid sekolah rendah

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran, motivasi dan

pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian

ini juga bertujuan untuk mengenalpasti saling hubu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Illiana Hidayah Kamarulzaman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8738
Tags: Add Tag
Description
Summary:
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti persekitaran pembelajaran, motivasi dan

pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan murid sekolah rendah. Selain itu, kajian

ini juga bertujuan untuk mengenalpasti saling hubungan antara komponen-komponen

persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris dalam kalangan

murid-murid sekolah rendah. Kajian ini melibatkan seramai 200 orang murid Tahun

Lima daerah Manjung yang dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata.

Terdapat tiga jenis instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu What is

Happening in This Class (WIHIC), Intrinsic and Extrinsic Motivational Orientation

dan skor murid dalam tiga jenis penilaian Bahasa Inggeris, iaitu Ujian Bulan Mac,

Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Data yang diperolehi

dianalisis menggunakan teknik analisis deskriptif dan teknik Model Persamaan

Berstruktur (SEM). Dapatan analisis deskriptif menunjukkan bahawa min keseluruhan

komponen-komponen persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa

Inggeris masing-masing ialah, 3.90, 3.70 dan 2.96. Manakala, dapatan analisis

inferensi menunjukkan komponen kerjasama mempunyai hubungan yang signifikan

dengan motivasi, di mana nilai beta coefficient yang diperolehi ialah0.49 pada paras

signifikan p=0.02. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa persekitaran

pembelajaran dan motivasi murid-murid sekolah rendah masih berada pada tahap

yang sederhana, manakala pencapaian Bahasa Inggeris berada pada tahap yang

rendah. Selain itu, komponen kerjasama memainkan peranan yang signifikan dalam

meningkatkan motivasi murid-murid sekolah rendah. Sebagai implikasi, komponenkomponen

persekitaran pembelajaran, motivasi dan pencapaian Bahasa Inggeris

masih perlu ditingkatkan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Selain itu,

guru-guru juga perlu memainkan peranan dalam menggalakkan aktiviti yang

melibatkan kerjasama murid-murid bagi memupuk motivasi mereka untuk

mempelajari Bahasa Inggeris secara lebih mendalam.