Perlakuan metakognitif murid sekolah rendah dalam penyelesaian masalah Matematik bukan rutin bagi topik pecahan

Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka perlakuan metakognitif murid sekolah rendah

dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi topik pecahan. Tiga objektif

kajian yang difokuskan adalah meneroka perlakuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Ashraff Musa
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8739
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dilaksanakan untuk meneroka perlakuan metakognitif murid sekolah rendah

dalam penyelesaian masalah matematik bukan rutin bagi topik pecahan. Tiga objektif

kajian yang difokuskan adalah meneroka perlakuan metakognitif, menentusahkan

strategi metakognitif yang digunakan dan memerihalkan kesukaran-kesukaran yang

dihadapi oleh murid-murid Tahun Lima dalam proses penyelesaian masalah matematik

bukan rutin. Kajian kualitatif ini melibatkan enam orang murid Tahun Lima daripada

tiga buah sekolah rendah dalam Daerah Tampin, Negeri Sembilan yang dipilih secara

persampelan bertujuan. Pengumpulan data kajian merangkumi rakaman video proses

penyelesaian masalah matematik bukan rutin melalui teknik menyuara pemikiran,

senarai semak pemerhatian serta catatan lapangan, skrip jawapan bertulis dan rakaman

audio temu bual. Rakaman video menyuara pemikiran dianalisis bersama-sama senarai

semak pemerhatian serta catatan lapangan berdasarkan Kerangka Kerja Metakognitif

bagi Analisis Protokol Penyelesaian Masalah Matematik oleh Sarver (2006) termasuk

skrip jawapan bertulis dan transkrip temu bual. Dapatan kajian menunjukkan dua orang

murid telah mempamerkan semua perlakuan metakognitif iaitu perlakuan membaca,

memahami, merancang, melaksana dan mengesah dalam kesemua soalan yang

dikemukakan. Manakala empat orang murid cuma mempamerkan empat perlakuan

metakognitif kecuali perlakuan mengesah bagi majoriti soalan penyelesaian masalah

matematik bukan rutin. Kesemua peserta juga didapati hanya menggunakan strategi

metakognitif memantau dan menilai dalam proses penyelesaian masalah. Terdapat lima

kesukaran yang dihadapi oleh peserta kajian iaitu kesukaran memahami konsep nombor

pecahan, kesukaran membuat perkaitan maklumat dalam soalan dengan jadual atau

rajah yang diberi, kesukaran membuat perkaitan maklumat untuk merancang strategi

penyelesaian, kesukaran memilih strategi penyelesaian yang sesuai dan kesukaran

membuat perkaitan pecahan dengan unit ukuran matematik. Kesimpulan daripada

kajian membuktikan perlakuan memahami dan perlakuan merancang berperanan

penting bagi memandu kejayaan sesuatu proses penyelesaian masalah matematik bukan

rutin. Implikasi kajian menunjukkan penggunaan strategi metakognitif merancang

adalah kunci utama dalam memastikan penyelesaian masalah matematik bukan rutin

bagi topik pecahan dilakukan secara berkesan.