Penggunaan teater boneka dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan domain psikomotor murid berkeperluan khas

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika teknik teater boneka dalam pembelajaran

murid berkeperluan khas (MBK) dapat meningkatkan domain psikomotor di kalangan

mereka. Teater boneka ialah sebuah teknik alternat...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8740 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jika teknik teater boneka dalam pembelajaran

murid berkeperluan khas (MBK) dapat meningkatkan domain psikomotor di kalangan

mereka. Teater boneka ialah sebuah teknik alternatif pengajaran di mana para pengajar

menggunakan teknik tersebut dalam usaha untuk menarik minat sesebuah subjek atau

peristiwa kepada murid. Walaubagaimanapun, keberkesanan teater boneka sebagai

kaedah pedagogi belum pernah dibuktikan dalam meningkatkan domain psikomotor,

terutama bagi MBK walaupun aspek perkembangan ini dilihat sebagai amat penting

untuk dipertingkatkan dalam perkembangan mereka. 10 peserta MBK telah dipilih

sebagai responden bagi kajian lapangan yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Tunku

Azizah, Kuantan, Pahang yang mempunyai masalah psikomotor yang telah disahkan

oleh guru mata pelajaran mereka. Oleh kerana itu, objektif kajian ini adalah untuk

mengkaji tahap pencapaian domain psikomotor menerusi penggunaan teater boneka di

kalangan MBK serta menentukan tempoh yang diperlukan oleh setiap MBK untuk mula

bertindak balas dalam meningkatkan domain psikomotor mereka setelah penggunaan

teater boneka dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Metodologi kajian adalah

menggunakan kaedah kualitatif dalam mengumpul maklumat dari responden iaitu

dengan menggunakan kajian kes terhadap 10 MBK di sekolah kajian. Dapatan kajian

ini membuktikan bahawa implimentasi teater boneka di sekolah yang mempunyai kelas

pendidikan khas mendapat kesan positif yang memberangsangkan dari peningkatan

domain psikomotor yang diukur seperti presepsi, respon, adaptasi dan organisasi.

Kesimpulan dari kajian ini adalah teknik teater boneka dapat meningkatkan domain

psikomotor di kalangan MBK yang terlibat dalam kajian lapangan di mana mereka

membuktikan bahawa mereka mampu bercerita, menggerakkan tangan serta menghafal

bagi membuat persembahan seperti yang terdapat dalam kaedah kajian. Oleh itu kajian

ini mengesyorkan bahawa teater boneka adalah sangat sesuai diamalkan terhadap MBK

bagi meningkatkan domain psikomotor di kalangan mereka. Kajian ini memberi

implikasi kepada aspek praktikal pendidikan khas di Malaysia sebagai sumber rujukan

kepada guru-guru pendidikan khas dalam usaha mempertingkatkan lagi kualiti

pengajaran dan pembelajaran di masa akan datang.