Pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi Global Ikhwan Sdn Bhd, 1994-2015

Kajian ini memfokuskan kepada pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan

sosioekonomi Global Ikhwan Sdn. Bhd. dari tahun 1994 sehingga 2015. Al-Arqam

menjadi isu polemik apabila menjadi tanda tanya dalam masyarakat sam...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2021

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8742 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini memfokuskan kepada pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan

sosioekonomi Global Ikhwan Sdn. Bhd. dari tahun 1994 sehingga 2015. Al-Arqam

menjadi isu polemik apabila menjadi tanda tanya dalam masyarakat sama ada ajaran

Al-Arqam masih lagi diamalkan melalui kegiatan sosioekonomi GISB ataupun sudah

lenyap akibat daripada pengharamannya. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk

menganalisis pengaruh Al-Arqam terhadap perkembangan sosioekonomi GISB dan

kesannya kepada ahli GISB serta masyarakat setempat. Bagi tujuan ini, kaedah

penyelidikan kualitatif digunakan dengan membuat analisis terhadap sumber primer

yang menjadi bahan utama dalam mendapatkan maklumat. Selain itu, kajian ini juga

menggunakan kaedah rujukan bahan sekunder di arkib dan perpustakaan serta

menggunakan kaedah sejarah lisan untuk mendapatkan maklumat daripada responden.

Dapatan kajian mendapati bahawa ajaran Al-Arqam masih lagi diamalkan di dalam

kegiatan sosioekonomi GISB. Malah, kajian menunjukkan bahawa ajaran Al-Arqam

menjadi pemangkin dan faktor utama kepada pencapaian kejayaan GISB khususnya

dalam perkembangan sektor ekonomi. Selain itu, kajian juga mendapati pengaruh

ajaran Al-Arqam turut memberikan pelbagai kesan kepada sistem kehidupan sosial ahli

GISB serta masyarakat setempat. Implikasi kajian menunjukkan bahawa pengekalan

budaya dan cara kerja kesan daripada pengaruh ajaran Al-Arqam di dalam GISB

memberikan kesan yang positif dan negatif kepada ahli GISB dan masyarakat sekitar.

Analisis dan perbincangan hasil daripada kajian ini diharapkan dapat menyumbang

kepada pemahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan ajaran Al-Arqam dalam

mempengaruhi sistem kehidupan masyarakat di negara ini.