Kesan modul KeBATiS terhadap pencapaian, kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap sains

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menguji modul pengajaran kemahiran

berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran sains dengan penerapan kaedah sokratik

berlandaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Nazri Hassan
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2022
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8745
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini dijalankan untuk membangunkan dan menguji modul pengajaran kemahiran

berfikir aras tinggi dalam mata pelajaran sains dengan penerapan kaedah sokratik

berlandaskan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (KeBATiS). Modul

KeBATiS dibangunkan melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pembangunan

modul KeBATiS berpandukan model pembangunan modul Sidek. Fasa kedua kajian

menggunakan reka bentuk kuasi eksperimen ujian pra-pos kumpulan kawalan dan

kumpulan rawatan yang melibatkan 30 orang murid bagi setiap kumpulan. Proses

persampelan melibatkan persampelan kluster dan persampelan bertujuan. Data

dikumpulkan menggunakan tiga instrumen iaitu Ujian Pencapaian Sains, Ujian

Kemahiran Proses Sains Bersepadu dan Soal Selidik Sikap Terhadap Sains. Data

dianalisis secara deskriptif dan inferensi menerusi MANOVA dan ANOVA bagi

menentukan perbezaan pelajar antara kumpulan kawalan dan rawatan. Kajian ini

berjaya membangunkan Modul KeBATiS yang mempunyai kesahan dan

kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan min ujian pos antara kumpulan bagi pencapaian sains,

penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan sikap terhadap sains. Ujian

multivariate Pillais Trace menunjukkan bahawa wujud kesan yang signifikan antara

ujian pra dan ujian pos. Kesimpulannya, dapatan ini menunjukkan bahawa modul

KeBATiS boleh digunakan untuk membantu meningkatkan pencapaian sains,

penguasaan kemahiran proses sains bersepadu dan sikap pelajar terhadap sains.

Implikasinya, modul KeBATiS menyokong teori kognitif dan teori konstruktivisme

serta membuktikan bahawa kaedah pembelajaran dengan penerapan kaedah sokratik

berlandaskan model konstruktivisme lima fasa Needham boleh dijadikan alternatif bagi

membangunkan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan murid

sekolah rendah.