Penerapan bahan pendidikan komik dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Prosa Tradisional KOMSAS

<p>Prosa Tradisional ialah genre KOMSAS yang perlu dipelajari bagi peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun sering menjadi dilema para guru dalam mencari penyelesaian bagi menarik minat dan meningkatkan pemahaman serta pencapaian murid. Kajian ini bertujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Norisah Mohd Radzi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8747
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Prosa Tradisional ialah genre KOMSAS yang perlu dipelajari bagi peringkat sekolah menengah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Namun sering menjadi dilema para guru dalam mencari penyelesaian bagi menarik minat dan meningkatkan pemahaman serta pencapaian murid. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penerapan bahan pendidikan komik dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Prosa Tradisional KOMSAS (PTK). Kajian ini merupakan kajian kes dengan menggunakan pendekatan kualitatif. Tiga orang guru Bahasa Melayu dari tiga buah sekolah menengah di daerah Kota Tinggi yang berpengalaman lebih 10 tahun dipilih sebagai peserta kajian. Instrumen kajian melibatkan temu bual semi berstruktur, pemerhatian kelas dan analisis dokumen. Perisian NVIVO 12 digunakan dalam analisis tema temu bual. Kajian mendapati enam masalah utama PdPc PTK iaitu bahasa klasik, sikap murid, kekangan guru, pemilihan teks, kekurangan prasarana teknologi maklumat dan sukatan kurikulum KOMSAS. Dapatan temu bual mendapati semua peserta kajian bersetuju bahawa penerapan komik berjaya meningkatkan pemahaman dan menarik minat murid terhadap PdPc PTK. Dapatan pemerhatian kelas pula menunjukkan murid bertambah aktif dan ceria apabila bahan pendidikan komik diterapkan dalam PdPc PTK. Dapatan analisis dokumen juga mendapati murid dapat menterjemahkan kefahaman mereka melalui penghasilan komik dan dialog yang mudah difahami. Pelbagai kaedah telah digunakan oleh guru dalam menerapkan elemen kolaboratif, koperatif, komunikasi, pemikiran kritis dan kreatif sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan murid. Rumusan daripada hasil dapatan temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen menunjukkan peserta kajian menggunakan kaedah perbincangan, pembentangan, kongsi bergilir, melukis komik, latih tubi, folio, kuiz, meja bulat dan membina dialog. Semua peserta kajian telah menerapkan bahan pendidikan komik dalam PdPc PTK namun menggunakan kaedah yang berbeza seperti melukis komik, membentuk dialog, mewarna komik dan menghasilkan komik strip. Kesimpulannya, bahan pendidikan komik yang diterapkan oleh guru dalam PdPc PTK dapat meningkatkan kefahaman bahasa klasik dalam kalangan murid dan minat murid terhadap PTK. Walaubagaimanapun, waktu kelas, prasarana sekolah dan kemahiran guru juga merupakan antara kekangan utama yang perlu dihadapi. Implikasi daripada kajian ini dapat membantu guru mempelbagaikan kaedah dalam PdPc PTK dan menjadi rujukan bagi kajian yang berkaitan pada masa hadapan.</p><p></p>