Penglibatan ibu bapa dalam sukaneka prasekolah terhadap perkembangan emosi positif kanak-kanak

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh penglibatan ibu bapa di prasekolah

mempengaruhi pertumbuhan emosi positif kanak-kanak. Tiga objektif kajian telah

dibina: mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak, me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurhuda Kamaruddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8753
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh penglibatan ibu bapa di prasekolah

mempengaruhi pertumbuhan emosi positif kanak-kanak. Tiga objektif kajian telah

dibina: mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak, meneroka kesesuaian

aktiviti dan mengenal pasti tanggungjawab ibu bapa dalam mempengaruhi

pertumbuhan emosi kanak-kanak prasekolah. Kajian ini dijalankan di sebuah

prasekolah di Bagan Datuk, Perak. Seramai 15 orang kanak-kanak berumur di antara 5

hingga 6 tahun bersama-sama 15 orang waris mereka telah dipilih sebagai responden

melalui persampelan mudah dimensional. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang

melibatkan reka bentuk kajian ekploratori. Dapatan kajian bagi setiap objektif adalah

berdasarkan data yang dikutip melalui pemerhatian, senarai semak dan temu bual semi

struktur. Semasa proses pemerhatian dijalankan, rakaman video dilakukan semasa

aktiviti Hari Riang Ria Berganding Bahu Bersama Ibu Bapa Prasekolah untuk

merekod data. Senarai semak pula digunakan untuk mencatat butiran penting semasa

aktiviti dijalankan. Temu bual semi struktur juga dilakukan selepas aktiviti tersebut.

Kaedah analisis induktif telah diadaptasi untuk menganalisis data yang telah dikutip.

Hasil analisis data mendapati bahawa pemilihan aktiviti yang bersesuaian membantu

perkembangan emosi kanak-kanak. Disamping itu, peranan ibu bapa juga

mempengaruhi pertumbuhan emosi yang positif dikalangan kanak-kanak apabila

mendapat dorongan, sokongan, dan juga sentuhan motivasi semasa melakukan aktiviti.

Pertumbuhan emosi positif kanak-kanak ini diukur berdasarkan jadual ekspresi emosi

yang melibatkan perubahan fisiologi, ekspresi vokal, ekspresi wajah, pergerakan dan

isyarat badan serta reaksi emosi. Kesemua lima ekspresi emosi digunakan untuk

mengukur pertumbuhan emosi. Kesimpulannya, program ini wajar dijalankan di semua

prasekolah agar dapat membantu meningkatkan hubungan antara ibu bapa, kanakkanak

dan pengurusan prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program

penglibatan ibu bapa ini memberi kesan emosi positif kepada kanak-kanak melalui

dorongan dan sokongan daripada penglibatan aktif ibu bapa di prasekolah.