Modul Basic Concepts in Genetics: intervensi tahap penguasaan dan kerangka alternatif konsep asas genetik pelajar Biologi tingkatan empat

Kajian ini bertujuan membangun dan mengkaji kesan Modul Basic Concepts in

Genetics (BCG) terhadap penguasaan dan kerangka alternatif konsep asas genetik

pelajar Biologi. Konsep asas genetik yang dikaji ialah gen (KG...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sahabuddin Basri
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8756
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan membangun dan mengkaji kesan Modul Basic Concepts in

Genetics (BCG) terhadap penguasaan dan kerangka alternatif konsep asas genetik

pelajar Biologi. Konsep asas genetik yang dikaji ialah gen (KG), kromosom (KK),

hubungan gen, kromosom dan DNA (HGK) serta hubungan pembahagian sel dan

pewarisan (HPP). Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian

pembangunan berpandukan Model Sidek dan Jamaludin. Reka bentuk kuasi

eksperimen digunakan bagi menentukan keberkesanan modul. Seramai 64 pelajar

tingkatan empat dari dua buah sekolah di daerah Tawau dipilih melalui persampelan

rawak berstrata yang terdiri daripada 34 pelajar kumpulan eksperimen dan 30 pelajar

kumpulan kawalan. Instrumen kajian ialah Soal Selidik Persepsi Terhadap Modul dan

Ujian Pencapaian Konsep Asas Genetik. Data dianalisis secara deskriptif dan

inferensi. Dapatan kajian menunjukkan Modul BCG mempunyai kesahan yang baik

dengan indeks kesahan 0.94. Hasil analisis terhadap persepsi pelajar menunjukkan

nilai yang tinggi terhadap kualiti kandungan modul [Min=4.27], keberkesanan

[Min=4.36] dan kepuasan [Min=4.40]. Ujian-t menunjukkan perbezaan yang

signifikan terhadap skor antara kumpulan kawalan dan eksperimen bagi konsep KG

[F=0.002, p=0.968], KK [F=8.59, p=0.005], dan HGK [F=3.95, p=0.051] manakala

tiada perbezaan yang signifikan terhadap konsep HPP [F=6.10 p=0.016]. Ujian-t juga

menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap

konsep KK [F=8.29, p=0.005] namun tiada perbezaan yang signifikan antara jantina

pelajar terhadap skor ujian KG, HGK dan HPP. Ujian-U Mann-Whitney pula

menunjukkan terdapat perbezaan skor yang signifikan antara pelajar lelaki kumpulan

kawalan dan eksperimen terhadap konsep HGK [U=19.5, z=-2.73, p=0.006] tetapi

tiada perbezaan signifikan antara jantina bagi kedua-dua kumpulan terhadap konsep

KG, KK, dan HPP. Oleh itu, kerangka alternatif yang disingkirkan adalah masingmasing

tujuh dan empat daripada kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

Kesimpulannya, intervensi menggunakan Modul BCG dalam pengajaran terbukti

dapat mengurangkan kerangka alternatif. Implikasi hasil kajian ialah Modul BCG ini

sesuai penggunaannya bagi meningkatkan penguasaan konsep asas genetik pelajar

Biologi.