Penguasaan kemahiran membaca Bahasa Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca bahasa

Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk

mengenal pasti tahap pembacaan lantang bahasa Melay...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8769 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran membaca bahasa

Melayu murid bukan penutur jati di Bintulu, Sarawak. Objektif kajian ini adalah untuk

mengenal pasti tahap pembacaan lantang bahasa Melayu murid bukan penutur jati,

menganalisis tahap kefahaman membaca murid bukan penutur jati terhadap teks naratif

dan meneroka masalah yang dihadapi oleh murid bukan penutur jati dalam menguasai

kemahiran membaca bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif

menerusi kaedah kajian kes. Teknik ujian, analisis dokumen dan temu bual digunakan

untuk proses pengutipan data. Peserta kajian terdiri daripada sepuluh orang murid

bukan penutur jati di salah sebuah sekolah menengah yang terletak di Bintulu, Sarawak.

Dapatan kajian menunjukkan tujuh daripada sepuluh peserta kajian tidak menguasai

tahap pembacaan lantang dengan baik, misalnya mengalami kesukaran dalam membaca

huruf, suku kata, diftong, digraf dan konsonan bergabung dengan betul. Seterusnya,

kesemua peserta kajian tidak mampu mencapai tahap kefahaman teks naratif pada aras

yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa peserta kajian

mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran membaca lantaran penguasaan

kemahiran membaca mereka dipengaruhi oleh penggunaan bahasa ibunda, faktor

kurang minat terhadap mata pelajaran bahasa Melayu, kurangnya kesedaran terhadap

kepentingan membaca, kurangnya inisiatif untuk meningkatkan kemahiran membaca

serta kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) oleh guru yang kurang menarik

dalam menekankan aspek kemahiran membaca. Implikasi kajian menunjukkan bahawa

guru bukan sahaja perlu mengajar murid bukan penutur jati ini agar mengenali dan

membunyikan perkataan atau ayat malah perlu mempunyai perancangan Pdpc yang

strategik, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menerapkan elemen

Pembelajaran Abad ke-21 di dalam kelas supaya mereka dapat memahami apa yang

dibaca.