Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Projek terhadap kemahiran bertutur dan motivasi pembelajaran bahasa Mandarin di kolej vokasional

Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Projek (PBP) terhadap kemahiran bertutur dan motivasi dalam pembelajaran bahasa

Mandarin sebagai bahasa asing pelajar bukan penutur jati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Eng, Li Yin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8772
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan

Projek (PBP) terhadap kemahiran bertutur dan motivasi dalam pembelajaran bahasa

Mandarin sebagai bahasa asing pelajar bukan penutur jati di kolej vokasional. Objektif

kajian ini adalah untuk mengesan perbezaan kemahiran bertutur dan motivasi

pembelajaran bahasa Mandarin pelajar di antara kelas yang menerima pendekatan

pengajaran PBP dan pendekatan pengajaran konvensional (Kaedah Tatabahasa

Terjemah, GTM). Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kuasi

eksperimen. Teknik persampelan mudah melibatkan 43 orang pelajar diploma tahun

2 yang mengambil subjek bahasa Mandarin di sebuah kolej vokasional rintis negeri

Kedah dengan 23 orang pelajar dalam kumpulan eksperimen (PBP) dan 20 orang

pelajar dalam kumpulan kawalan (GTM). Ujian bertutur pra-pasca dan soal selidik

motivasi pembelajaran telah digunakan. Ujian-t sampel berpasangan digunakan untuk

mengenal pasti perbezaan antara ujian bertutur pra dan ujian bertutur pasca bagi

kedua-dua kumpulan, manakala ujian-t sampel bebas digunakan untuk mengenal

pasti perbezaan di antara kedua-dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan

kumpulan eksperimen mencapai peningkatan statistik yang lebih banyak berbanding

dengan kumpulan kawalan dan terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua

kumpulan. Analisis diskriptif dijalankan untuk membandingkan perubahan motivasi

pembelajaran yang berlaku sebelum dan selepas intervensi bagi kedua-dua kumpulan,

manakala ujian-t sampel bebas digunakan untuk mengenal pasti perbezaan di antara

kedua-dua kumpulan. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan jumlah pelajar bagi

tahap tinggi motivasi pembelajaran dalam kumpulan eksperimen lebih banyak

daripada kumpulan kawalan. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan antara kedua-dua kumpulan. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan

bahawa pendekatan pengajaran PBP memberi kesan positif dalam pembelajaran

bahasa Mandarin dan membantu meningkatkan motivasi pembelajaran bahasa

Mandarin. Implikasi kajian menunjukkan PBP menyediakan peluang bertutur dalam

bahasa Mandarin yang banyak berbanding dengan pendekatan konvensional dan

pelajar bukan penutur jati dapat mengaplikasikan bahasa yang dipelajari dalam

suasana pembelajaran yang autentik.