Dimensi kecemerlangan sekolah dari aspek indikator penaksiran Standard Kualiti Pendidikan Malaysia dengan kecemerlangan sekolah menengah kebangsaan luar bandar di Sarawak

Kajian ini menilai kesesuaian wajaran indikator penaksiran Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM) dalam menentukan kecemerlangan sekolah menengah

kebangsaan luar bandar berdasarkan kepada persepsi guru-guru di...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Engkasan Inchang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8792
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini menilai kesesuaian wajaran indikator penaksiran Standard Kualiti

Pendidikan Malaysia (SKPM) dalam menentukan kecemerlangan sekolah menengah

kebangsaan luar bandar berdasarkan kepada persepsi guru-guru di sekolah. Kajian

berbentuk kuantitatif, menggunakan kaedah tinjauan bagi mengumpul data. Teori

Sistem Terbuka adalah menjadi sandaran utama dalam kajian ini. Kajian melibatkan

responden seramai 400 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 7998 orang guru

yang sedang bertugas di sekolah berkenaan. Instrumen yang digunakan dalam kajian

ini diubahsuai daripada indikator penarafan SKPM dan empat dimensi faktor

kecemerlangan sekolah. Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics 20.

Analisis deskriptif min menunjukkan tahap kecemerlangan sekolah pada dimensi

kepemimpinan, pengurusan organisasi, pengajaran dan pemudahcaraan, pengurusan

kurikulum, kokurikulum dan sukan serta hal ehwal murid adalah tinggi, manakala

dimensi kemenjadian murid pada tahap sederhana. Terdapat perbezaan yang ketara

antara wajaran penarafan yang diberikan oleh guru berbanding dengan wajaran

penarafan kecemerlangan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dapatan kajian menunjukkan guru di sekolah luar bandar kurang setuju dengan

penilaian kemenjadian murid yang mengutamakan keputusan peperiksaan awam. Ujian

Kolerasi menunjukkan hubungan yang sangat kuat dan signifikan antara faktor

infrastruktur dengan tahap kecemerlangan sekolah. Ujian Regresi Linear pula

menunjukkan bahawa faktor infrastruktur merupakan penyumbang terbesar dengan

nilai beta = -0.782, diikuti Prasarana Sekolah dengan nilai beta = -0.106, Kualiti

Masyarakat dengan nilai beta = 0.092 dan Kewangan Sekolah dengan nilai beta = 0.022.

Untuk mendapatkan penaksiran kecemerlangan sekolah menengah luar bandar yang

lebih relevan, indikator penarafan kecemerlangan perlu diubahsuai, dengan mengambil

kira persekitaran sekolah, dan tahap kemenjadian murid dalam bidang akademik dinilai

berdasarkan pencapaian expected targeted result (ETR) daripada take-off value (TOV)

berbanding gred purata sekolah (GPS) dalam peperiksaan awam. Kemenjadian murid

harus dinilai secara holistik dengan mengambil kira kesemua aspek seperti intelek,

rohani, emosi, jasmani dan sosial seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Negara (FPN). Oleh itu, disarankan agar diwujudkan satu indikator

penilaian kecemerlangan sekolah yang berbeza berdasarkan kemampuan sebenar

sesebuah sekolah, supaya penarafan yang diberikan lebih praktikal untuk proses

penambahbaikan yang berterusan.