Kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian murid tahun tiga dalam kefahaman membaca Bahasa Cina

Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian kefahaman

membaca Bahasa Cina tahun tiga. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan

kefahaman membaca mengikut kategori literal, inferens dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Chew, Moi Fong
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8804
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menilai kesan teknik SQ3R terhadap pencapaian kefahaman

membaca Bahasa Cina tahun tiga. Kajian ini juga mengkaji tahap penguasaan

kefahaman membaca mengikut kategori literal, inferens dan kritikal serta mengenal

pasti tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Kajian ini dijalankan dengan

menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen. Pemilihan

sampel kajian dilakukan dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan yang

melibatkan jumlah seramai 68 orang murid tahun tiga dari dua buah kelas di sebuah

sekolah rendah daerah Tangkak. Sampel kajian terdiri daripada 34 orang murid dalam

kumpulan eksperimen dan 34 orang murid dalam kumpulan kawalan. Instrumen yang

digunakan ialah Ujian Pemahaman Bertulis (UPB) dan soal selidik tahap penerimaan

terhadap teknik SQ3R. Data kuantitatif dikutip dan dianalisis menggunakan statistik

deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif seperti taburan frekuensi, peratusan, min

dan sisihan piawai telah digunakan untuk menerangkan tahap penguasaan kefahaman

membaca mengikut kategori literal, inferens dan kritikal serta menjelaskan tahap

penerimaan murid terhadap teknik SQ3R. Statistik inferensi pula melibatkan ujian-t

yang menjelaskan pencapaian keseluruhan dalam kefahaman membaca. Dapatan kajian

[t(66)=2.486, p<0.05] menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam

skor min ujian pasca antara kumpulan eksperimen (M=73.18, SP=14.98) dengan

kumpulan kawalan (M=63.21, SP=17.95). Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa

murid dalam kumpulan eksperimen mencapai tahap sangat baik bagi kategori literal

dan inferens, manakala bagi kategori kritikal pula mencapai tahap memuaskan. Hasil

kajian turut menunjukkan bahawa tahap penerimaan murid terhadap teknik SQ3R

adalah tinggi dengan pencapaian skor min yang tinggi (M=3.05, SP=0.42).

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan teknik SQ3R memberi kesan positif terhadap

pencapaian kefahaman membaca dan juga tahap penguasaan kefahaman membaca bagi

kategori literal, inferens dan kritikal. Murid juga dapat menerima teknik SQ3R dengan

baik untuk digunakan dalam pembelajaran kefahaman membaca Bahasa Cina.

Implikasi daripada kajian ini, teknik SQ3R boleh digunakan oleh guru untuk

diperkenalkan kepada murid bagi meningkatkan keupayaan kefahaman membaca

murid.