Penggabungjalinan kecindan sebagai perangsang afektif dan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera Bahasa Melayu

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan guru untuk mengaplikasikan

unsur kecindan secara bersahaja, mengenal pasti strategi pengajaran, media pengajaran

dan jenis-jenis gaya pengajaran guru yang digabung...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sii, Kiong Ming
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8819
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan guru untuk mengaplikasikan

unsur kecindan secara bersahaja, mengenal pasti strategi pengajaran, media pengajaran

dan jenis-jenis gaya pengajaran guru yang digabung jalin dengan unsur kecindan untuk

merangsang afektif dan kognitif murid. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti jenisjenis

unsur kecindan sebagai perangsang afektif dan kognitif murid dalam pengajaran

dan pembelajaran Komponen Sastera bahasa Melayu. Kajian kualitatif yang

melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen digunakan dalam

kajian ini. Pemilihan sampel bertujuan melibatkan 15 guru bahasa Melayu menengah

atas dan 10 orang murid tingkatan empat di dua buah sekolah menengah. Tiga kaedah

pengumpulan data digunakan, iaitu protokol temu bual, borang pengekodan dokumen

dan nota kajian lapangan. Selain teori-teori kecindan (Teori Inkongruitui, Teori

Kelegaan dan Teori Superioriti), Teori Pembelajaran Berasaskan Minda yang

menghubungkan badan, minda dan perasaan digunakan untuk mengisi kelompangan

dalam kajian-kajian lepas. Dapatan kajian kualitatif menunjukkan bahawa bukan semua

guru berkebolehan mengaplikasikan unsur kecindan secara spontan dalam pengajaran.

Strategi pengajaran kecindan pula adalah bervariasi dengan mengambil kira kaitan

kecindan dengan kognitif, perasaan dan emosi. Media pengajaran kecindan meliputi

media pengajaran kecindan secara pandang dengar, teks dan orang manakala gaya

pengajaran kecindan guru ialah gaya pengajaran kecindan secara visual, auditori dan

kinestetik. Dapatan kajian juga mendapati terdapat unsur-unsur kecindan sebagai

perangsang afektif dan kognitif murid dalam pengajaran dan pembelajaran Komponen

Sastera bahasa Melayu. Kesimpulannya, kajian ini memberi perspektif baharu untuk

dikaitkan pembelajaran berasaskan minda dengan pembelajaran yang terkandung unsur

kecindan sebagai rujukan peningkatan profesionalisme dalam kalangan guru. Kajian

ini bukan sahaja memberi implikasi dari segi sumbangan kerangka strategi pengajaran

kecindan, malahan juga memberi implikasi kepada sistem pendidikan dan bidang ilmu

dalam kurikulum serta memberi implikasi kepada Teori Pembelajaran Berasaskan

Minda dalam pengajaran guru.