Pengekalan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli: satu kajian kes di PIPOA Kuala Rompin Pahang

<p>Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki pengekalan identiti budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Kuala Rompin. Pelajar Orang Asli di Kuala Rompin ini terdiri daripada suku kaum Jakun, Jahut, Kuala dan Semai. Kajian ini m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad Sufaisul Shamsudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2019
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8829
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk menyelidiki pengekalan identiti budaya dan nilai murni dalam kalangan pelajar Orang Asli di Pusat Intelek Pelajar Orang Asli (PIPOA) Kuala Rompin. Pelajar Orang Asli di Kuala Rompin ini terdiri daripada suku kaum Jakun, Jahut, Kuala dan Semai. Kajian ini melihat bagaimana aspek persekitaran khususnya peranan PIPOA sebagai pusat pendidikan menjadi medium untuk mengekalkan identiti budaya dan nilai murni pelajar Orang Asli. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes. Pemilihan responden kajian dijalankan secara persampelan bertujuan yang melibatkan 12 orang responden yang terdiri daripada 10 orang pelajar yang menetap di asrama PIPOA, seorang Ketua Unit PIPOA dan seorang GPK HEM SMK Rompin Permai. Dua jenis teknik pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif iaitu teknik temu bual separa berstruktur dan teknik pemerhatian digunakan. Kaedah analisis data dalam kajian ini adalah kaedah tematik menggunakan perisian Nvivo. Hasil temu bual menunjukkan bahawa terdapat empat tema utama identiti budaya Orang Asli iaitu sewang, bahasa Orang Asli, tertib perbuatan dan bela kampung sebagai elemen budaya yang masih diamalkan oleh pelajar Orang Asli di PIPOA. Tiga sub-tema nilai murni yang wujud secara langsung dalam pengamalan budaya tersebut pula adalah mengekalkan tradisi keluarga, tanggungjawab terhadap keluarga dan kesederhanaan sebagai asas kepada pemupukan nilai murni pelajar di PIPOA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor persekitaran mikrosistem iaitu keluarga, institusi pendidikan seperti PIPOA dan rakan sebaya mendorong pengekalan identiti dan nilai murni pelajar Orang Asli di PIPOA. Justeru PIPOA bukan sahaja berperanan dalam mengekalkan aspek pencapaian akademik dan kecemerlangan namun juga berperanan sebagai pusat pengekalan identiti dan nilai murni masyarakat Orang Asli. Implikasi kajian mencadangkan bahawa pemerkasaan identiti dan nilai murni masyarakat Orang Asli boleh diwujudkan melalui institusi pendidikan formal seperti PIPOA di Malaysia.</p>