Pengurusan kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah dari segi kekangan-kekangan pengurusan kokurikulum seperti kemudahan dan peralatan, penjadualan, dan kemahiran tenaga pengajar dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Seramai 341 ora...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Fadzli Yusof
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2012
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8830
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pelaksanaan kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah dari segi kekangan-kekangan pengurusan kokurikulum seperti kemudahan dan peralatan, penjadualan, dan kemahiran tenaga pengajar dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum. Seramai 341 orang responden di kalangan guru terlibat dalam kajian mewakili 68 responden dari daerah Setiu dan 273 responden dari daerah Kuala Terengganu. Kajian ini bersifat kuantitatif dan menggunakan kaedah kajian tinjauan yang dilaksanakan menggunakan soal selidik. Data kajian yang dikumpul diproses menggunakan perisian SPSS Versi 17. Statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis kekerapan dan peratusan pembolehubah demografi yang ada iaitu jantina, umur, kelulusan, tempoh berkhidmat, lokasi sekolah, kursus sukan yang pernah diikuti oleh responden dan peranan dalam jawatankuasa sukan sekolah. Sementara itu, statistik inferensi digunakan untuk menguji perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam kajian. Bagi tujuan menjawab persoalan-persoalan kajian, ujian korelasi dan regresi digunakan bagi menunjukkan hubungan antara tahap penglibatan pelajar dengan pembolehubah-pembolehubah yang lain. Secara umumnya didapati penjadualan merupakan faktor yang paling mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan dan permainan di sekolah. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan pelajar sekolah kawasan bandar dan luar bandar dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan.</p>