Sikap dan kompetensi guru pelatih Institut Pendidikan Guru terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi

<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan kompetensi guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Objektif kajian ini ialah menilai sikap dan kompetensi serta hubungan antara sikap dengan kompet...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Bidari Haili
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2017
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8832
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti sikap dan kompetensi guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak terhadap Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Objektif kajian ini ialah menilai sikap dan kompetensi serta hubungan antara sikap dengan kompetensi terhadap TMK. Kompetensi TMK dibahagikan kepada dua konstruk iaitu pengetahuan dan kemahiran. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang mengandungi 35 item. Sampel terdiri daripada 299 orang guru pelatih sepenuh masa IPG Kampus Tun Abdul Razak. Analisis statistik menggunakan deskriptif dan korelasi pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru pelatih IPG Kampus Tun Abdul Razak mempunyai sikap yang positif terhadap TMK dan mempunyai kompetensi pengetahuan serta kemahiran yang tinggi dalam TMK. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan tetapi sangat lemah antara kompetensi TMK dengan sikap. Manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi pengetahuan dengan kompetensi kemahiran dan antara kompetensi kemahiran dengan sikap terhadap TMK. Kajian ini menunjukkan sikap yang positif terhadap TMK telah meningkatkan kompetensi pengetahuan TMK guru pelatih. Implikasi utama kajian ini adalah dapatan kajian yang diperolehi ini boleh digunakan untuk menambahbaikkan modul TMK bagi meningkatkan kompetensi dan sikap guru pelatih terhadap TMK di IPG seluruh Malaysia.</p>