Kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis akan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang serta menghuraikan unsur ekstrinsik dalam pemaparan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia. Kajian ini ialah sebuah kajia...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: U.Dayalani Uthamaseelan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8834
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menganalisis akan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang serta menghuraikan unsur ekstrinsik dalam pemaparan realiti kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang dalam novel-novel Tamil Malaysia. Kajian ini ialah sebuah kajian kepustakaan yang menerapkan analisis teks dan deskriptif untuk menganalisis tujuh buah novel Tamil Malaysia, iaitu Cemmaum Nla Malarkaum, Tuyara Ptai, Ilaciyap Payaam, Mapulukka, Noiva Pkka, Nakarntu Koirukum Vcalka dan Selancar Empat. Perbincangan dibuat berpandukan lima aspek kedudukan sosioekonomi iaitu pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Kelima-lima aspek ini dianalisis dengan menggunakan teori realisme berdasarkan unsur intrinsik watak dan latar. Unsur ekstrinsik pula dibincangkan berdasarkan unsur biografi pengarang, masyarakat di persekitaran pengarang dan pemikiran pengarang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa majoriti masyarakat Tamil ladang menjalankan pekerjaan seperti penoreh getah, buruh kelapa sawit dan chokra; memperolehi pendapatan yang rendah; mempunyai taraf pendidikan dan kesihatan yang rendah, dan mempunyai kemudahan infrastruktur yang kurang memuaskan. Selain itu, kajian ini juga menunjukkan bahawa lima aspek kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang yang dipaparkan oleh pengarang dalam novel merupakan realiti sebenar yang wujud dalam masyarakat Tamil ladang pada ketika itu. Biografi serta pemikiran pengarang dan masyarakat di persekitaran juga didapati mempengaruhi ilham pengarang untuk memaparkan kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang secara realistik. Kesimpulannya, kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang yang dipaparkan dalam novel-novel Tamil Malaysia menunjukkan realiti sebenar masyarakat ladang di Malaysia. Implikasinya, kajian ini dapat digunakan sebagai panduan oleh agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan dalam usaha membaiki kedudukan sosioekonomi masyarakat Tamil ladang di Malaysia.</p>