Kesan beban kerja, sokongan penyelia dan sokongan rakan sekerja terhadap penglibatan kerja dalam kalangan guru sekolah berasrama penuh di Selangor

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kesan beban kerja,

sokongan penyelia, sokongan rakan sekerja terhadap penglibatan kerja dalam kalangan

guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Sakinah Abd Kaiyom
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8856
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan kesan beban kerja,

sokongan penyelia, sokongan rakan sekerja terhadap penglibatan kerja dalam kalangan

guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di negeri Selangor. Pendekatan kuantitatif dengan

reka bentuk bukan eksperimental telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel

kajian dilaksanakan secara pensampelan rawak mudah melibatkan 274 orang guru SBP di

negeri Selangor. Instrumen kajian melibatkan soal selidik yang diadaptasi dan diubahsuai

mengikut keperluan dan kesesuaian kajian. Data yang diperoleh di analisis menggunakan

Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23. Penyelidik menjalankan

analisis statistik deskriptif untuk mengetahui tahap beban kerja, sokongan penyelia,

sokongan rakan sekerja dan penglibatan kerja. Analisis statistik inferens juga dilaksanakan

dan melibatkan analisis regresi pelbagai yang menerangkan kesan beban kerja, sokongan

penyelia dan sokongan rakan sekerja terhadap penglibatan kerja. Hasil kajian menunjukkan

bahawa tahap beban kerja adalah sederhana, manakala, sokongan penyelia, sokongan rakan

sekerja dan penglibatan kerja adalah tinggi. Dapatan kajian juga mendedahkan bahawa

terdapat kesan yang signifikan antara beban kerja ( = .149, p < .05), sokongan penyelia (

= .184, p < .05) dan sokongan rakan sekerja ( = .461, p < .05) terhadap penglibatan kerja

guru di sekolah. Kesimpulannya, beban kerja, sokongan penyelia dan sokongan rakan

sekerja memberi kesan terhadap penglibatan kerja dalam kalangan guru SBP di negeri

Selangor. Implikasi daripada kajian ini, pihak pengurusan sekolah boleh memanfaatkan

pandangan guru mengenai aspek-aspek yang dikaji dan menjadikan maklumat tersebut

sebagai alat yang berguna untuk meningkatkan lagi penglibatan kerja dalam kalangan guru

di SBP, Selangor.