Sikap dan kemahiran guru bahasa Tamil terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdPc

Kajian ini dilakukan dalam usaha mengetahui sikap dan kemahiran guru bahasa Tamil

terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran

dan Pemudahcaraan (PdPc). Sikap dan kemahiran guru dikaj...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Tamilmullai Thannimalai
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8857
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini dilakukan dalam usaha mengetahui sikap dan kemahiran guru bahasa Tamil

terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam Pengajaran

dan Pemudahcaraan (PdPc). Sikap dan kemahiran guru dikaji menggunakan modal

penerimaan teknologi (TAM). Faktor kebergunaan dan faktor kemudahgunaan dalam

usaha untuk menentukan faktor sebenar yang mempengaruhi guru bahasa Tamil

terhadap penggunaan TMK dalam PdPc bahasa Tamil digunakan sebagai pemboleh

ubah kajian ini. Kajian ini menggunakan kaedah campuran iaitu kualitatif dan

kuantitatif yang melibatkan dua instrumen iaitu temuduga berstruktur dan soal

selidik. Kajian ini melibatkan 96 sekolah Tamil di Negeri Selangor dan sejumlah 260

guru bahasa Tamil mengambil bahagian dalam kajian ini. Data yang di peroleh

melalui soal selidik telah dinilai dengan menggunakan perisian SPSS manakala data

temuduga berstruktur dirumus dan didokumentasikan mengikut kronologi

menggunakan perisian NVIVO. Dapatan temuduga merumuskan kerjasama murid,

ibubapa, guru, pentadbir, PIBG dan sokongan penuh KPM telah meningkatkan

semangat guru bahasa Tamil dalam menggunakan TMK untuk mengajar bahasa Tamil

di dalam kelas. Dapatan analisis SPSS menunjukkan bahawa terdapat hubungan

signifikasi antara guru di bandar dan di luar bandar terhadap penggunaan TMK dalam

PdPc bahasa Tamil. Hasil analisis turut menunjukkan bahawa Tanggapan

Kebergunaan (TK) mempunyai pengaruh tinggi terhadap Sikap Guru (SG) dalam

penggunaan TMK. Hal ini dapat dilihat daripada hasil analisis regressi yang

menujukkan nilai F untuk TK ialah 11.433 dan Tanggapan Mudah Guna (TMG)

hanya 1.356. Oleh yang demikian, kajian ini merumus bahawa TK mempengaruhi SG

sebanyak 11.34% berbanding TMG hanya mempengaruhi SG sebanyak 1.35%.

Berlandaskan dapatan kajian, kerangka panduan kompeten menyeluruh dihasilkan

untuk digunakan sebagai panduan semasa PdPc Bahasa Tamil dijalankan di dalam

kelas. Kerangka panduan kompeten menyeluruh ini berpotensi untuk dijadikan

sebagai panduan memperluaskan penggunaan TMK semasa PdPc bahasa Tamil

dijalankan di SJKT. Melalui kajian ini, satu budaya penggunaan TMK yang mantap

diterapkan dalam proses PdPc bahasa Tamil di SJKT bandar dan luar bandar yang

boleh dijadikan amalan pelbagai pihak yang berkepentingan.