Pembangunan instrumen pentaksiran kemahiran membaca dalam pembelajaran Bahasa Indonesia Sekolah Dasar

Kajian ini adalah untuk meneliti keperluan guru kelas tinggi Sekolah Dasar terhadap

instrumen pentaksiran kemahiran membaca, membangunkan instrumen berkenaan,

dan melakukan proses kesahan, kebolehpercayaan, dan kebo...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Teuku Alamsyah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8865
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah untuk meneliti keperluan guru kelas tinggi Sekolah Dasar terhadap

instrumen pentaksiran kemahiran membaca, membangunkan instrumen berkenaan,

dan melakukan proses kesahan, kebolehpercayaan, dan kebolehgunaan instrumen

yang telah dibangunkan. Kaedah penyelidikan reka bentuk dan pembangunan model

Dick & Carey dipilih bagi proses reka bentuk dan pembangunan instrumen. Tiga fasa

kajian dijalankan bagi menjawab tiga persoalan kajian. Mengikut fasa pertama,

anlisis keperluan pihak pengguna telah dilakukan sebagai asas kajian tahap kedua.

Lima orang pakar, tiga orang guru dan dua belas orang pelajar telah dipilih untuk

menilai instrumen. Enam belas instrumen pentaksiran kemahiran membaca telah

dibangunkan mengikut fasa kedua yang sedia untuk dinilai oleh pakar dan pihak

pengguna. Empat Sekolah Dasar, lapan orang pelajar dan satu orang guru kelas 5

daripada tiap-tiap sekolah telah ditetapkan untuk penilaian kumpulan kecil mengikut

fasa ketiga. Masih pada fasa ketiga pula, empat Sekolah Dasar, pelajar satu kelas dan

seorang guru kelas 5 telah dipilih untuk penilaian instrumen dalam kelas sebenar.

Data dapatan kajian diolah mengikut kaedah kualitatif. Hasil penilaian pakar dan

pihak pengguna menunjukkan bahawa seluruh instrumen memenuhi syarat kesahan,

kebolehpercayaan, dan kebolehgunaan. Hasil penilaian kumpulan kecil menunjukkan

bahawa ada sembilan instrumen yang dicadangkan untuk diteruskan bagi penilaian

dalam kelas sebenar. Daripada hasil penilaian dalam kelas sebenar, kesembilansembilan

instrumen yang dinilai memenuhi syarat kebolehgunaan. Dapatan tersebut

menunjukkan bahawa instrumen yang dihasilkan daripada kajian ini adalah berkesan,

lengkap, sesuai dengan keperluan guru atau pihak pengguna, tepat sasaran, mudah

difahami dan mudah digunakan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru kelas

tinggi Sekolah Dasar dijangka dapat menggunakan instrumen hasil kajian ini untuk

kepentingan pentaksiran kelancaran membaca bersuara, membaca pemahaman,

membaca penghayatan, dan membaca kreativiti secara lebih berkesan.