Pembangunan alat latihan solar fotovolta menggunakan kaedah teori penyelesaian masalah secara inventif (TRIZ)

Tujuan kajian adalah membangunkan alat latihan solar fotovolta menggunakan teori

penyelesaian masalah secara inventif atau dikenali sebagai TRIZ. TRIZ dijadikan asas

kajian ini kerana kesesuaian teori ini dalam memb...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2022

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8867 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Tujuan kajian adalah membangunkan alat latihan solar fotovolta menggunakan teori

penyelesaian masalah secara inventif atau dikenali sebagai TRIZ. TRIZ dijadikan asas

kajian ini kerana kesesuaian teori ini dalam membangunkan alat latihan solar fotovolta.

Empat prinsip inventif TRIZ iaitu Segmentasi, Ekstrak, Pengkhusyenan awal dan

Dinamik digunakan dalam kajian pembangunan alat latihan solar fotovolta. Objektif

kajian adalah mengenalpasti jenis alat latihan solar fotovolta yang sesuai digunakan di

industri, membangunkan alat latihan solar fotovolta menggunakan kaedah TRIZ serta

menguji reka bentuk dan kebolehfungsiannya. Reka bentuk pembangunan alat latihan

digunakan sebagai kaedah kajian. Metodologi kajian dijalankan melalui tiga fasa. Fasa

pertama adalah analisa keperluan untuk menentukan samada alat latihan solar fotovolta

diperlukan oleh pihak industri. Tiga orang pakar solar ditemubual dan mereka bersetuju

bahawa alat ini diperlukan. Fasa kedua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan alat

di mana tiga pengguna mendapati masalah alat latihan sedia ada iaitu bersaiz besar,

berat, sukar dialihkan dan kurang stabil. Berdasarkan masalah tersebut, kaedah TRIZ

digunakan. Fasa ketiga adalah penilaian akhir oleh pengguna industri menggunakan

instrumen soal-selidik yang telah disahkan pakar dan mempunyai index

kebolehpercayaan yang tinggi. Dapatan kajian awal mendapati pakar solar bersetuju

bahawa alat latihan solar fotovolta jenis luar grid sesuai digunakan di industri. Dapatan

fasa kedua adalah idea reka bentuk berdasarkan empat prinsip inventif TRIZ dan

pembangunan alat solar fotovolta serta pengoperasiannya berfungsi dengan baik.

Dapatan fasa ketiga mendapati persetujuan pengguna alat dari industri solar adalah

sebanyak 93.34% bagi item reka bentuk dan kebolehfungsian yang diinterpretasikan

sebagai sangat baik. Kesimpulan kajian adalah alat latihan solar fotovolta yang

dibangunkan berciri inovasi iaitu bersaiz lebih kecil, mudah alih, fleksibel dan

kebolehfungsiannya mudah digunakan seperti yang dipersetujui oleh panel pakar.

Implikasinya, alat latihan solar fotovolta yang dibangunkan dapat digunakan oleh

pekerja industri solar, tenaga pengajar, pelajar institusi dan pusat latihan serta individu

yang berminat tentang kaedah pemasangan solar fotovolta