Pelaksanaan pendekatan projek terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah

Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji pelaksanaan projek terhadap Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah berdasarkan empat tahap

pemikiran kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, me...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nur Hidayah Shazira Mohd Shukor
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8894
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini ialah untuk mengkaji pelaksanaan projek terhadap Kemahiran

Berfikir Aras Tinggi (KBAT) kanak-kanak prasekolah berdasarkan empat tahap

pemikiran kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan

mencipta. Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah persampelan bertujuan dalam

menentukan responden yang bersesuaian di mana seorang guru berserta 13 orang

kanak-kanak di sebuah prasekolah swasta di negeri Perak dipilih. Kajian kualitatif ini

menggunakan reka bentuk kajian kes. Data kajian diperoleh menerusi pemerhatian,

dokumen, temu bual terhadap peserta kajian. Data dianalisis menggunakan kaedah

analisis naratif dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan empat tahap

kemahiran berfikir aras tinggi iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta

dapat dilaksanakan kepada kanak-kanak melalui pelaksanaan pendekatan projek.

Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak dapat menggunakan pengetahuan sedia ada,

kemahiran yang diperolehi dan nilai dalam aktiviti yang berlainan bermula fasa pertama

sehingga fasa terakhir iaitu fasa kemuncak. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan

pendekatan projek merupakan satu pendekatan mengintegrasikan kemahiran berfikir

aras tinggi kanak-kanak yang diperlihatkan daripada penggunaan Learning Journey,

teknik penyoalan, penggunaan bahan maujud dan penggunaan peta minda.

Kesimpulannya, pendekatan projek merupakan pencetus kepada kemahiran berfikir

aras tinggi kanak-kanak melalui aktiviti penerokaan dan penyiasatan kanak-kanak.

Cetusan idea daripada kanak-kanak dijadikan asas kepada penyiasatan yang dijalankan

secara inisiatif kanak-kanak sendiri. Implikasi kajian ini dapat menggalakkan semua

prasekolah kerajaan mahupun swasta menjalankan pendekatan projek agar kemahiran

berfikir aras tinggi ini dapat disemai pada peringkat awal kanak-kanak.