Pengaruh kepimpinan inovasi pengetua terhadap budaya inovasi dan inovasi organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan kawasan bandar di Sabah

Tujuan utama kajian ini ialah untuk menguji pengaruh kepimpinan inovasi pengetua

terhadap budaya inovasi dan inovasi organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan

kawasan bandar di Sabah. Reka bentuk kajian ini menggunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Dayang Rafidah Syariff M.Fuad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8909
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama kajian ini ialah untuk menguji pengaruh kepimpinan inovasi pengetua

terhadap budaya inovasi dan inovasi organisasi Sekolah Menengah Kebangsaan

kawasan bandar di Sabah. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan

kuantitatif dengan kaedah tinjauan. Seramai 478 orang guru dari 33 buah sekolah

menengah kategori bandar di Negeri Sabah terlibat dalam kajian ini. Perisian

Permodelan Persamaan Berstruktur (SEM) digunakan untuk menganalisis data kajian.

Dapatan kajian menunjukkan Kepimpinan Inovasi Pengetua dapat diukur melalui lima

dimensi iaitu Tingkah Laku Kreatif, Komunikasi Berkesan, Kemahiran Teknikal,

Tingkah Laku Pembuka dan Tingkah Laku Penutup. Sebanyak 18 item baharu

dibangunkan untuk mengukur Model Kepimpinan Inovasi Pengetua. Model yang

dibangunkan juga memenuhi nilai Indeks Kesepadanan yang diperlukan dengan nilai

RMSEA=0.079, CFI=0.967, TLI=0.960 dan Chisq/df=4.019. Sementara itu, Budaya

Inovasi di sekolah diukur melalui empat dimensi iaitu Strategi, Struktur, Mekanisme

Sokongan dan Tingkah Laku Inovatif. Inovasi Organisasi pula diukur melalui dua

dimensi iaitu Produk dan Strategik. Kajian mendapati bahawa Kepimpinan Inovasi

Pengetua dalam sekolah-sekolah kajian mempengaruhi Budaya Inovasi (=0.56,

p<0.05) dan Inovasi Organisasi secara signifikan (=0.29, p<0.05). Sementara itu,

kajian juga menunjukkan Budaya Inovasi mempunyai pengaruh yang kuat terhadap

Inovasi Organisasi (=0.84, p<0.05). Budaya inovasi juga dibuktikan menjadi

perantara separa antara Kepimpinan Inovasi Pengetua dan Inovasi Organisasi.

Kesimpulannya, kepimpinan inovasi pengetua mempengaruhi budaya inovasi dan

inovasi dalam sekolah kajian secara signifikan. Implikasi kajian menunjukkan bahawa

peranan pengetua adalah penting dalam membangunkan budaya yang sesuai dalam

menyokong inovasi yang berlaku di sekolah. Selain daripada itu, penerapan budaya

yang sesuai dapat menggalakkan guru-guru melakukan inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dapatan kajian juga turut memberikan perspektif baharu dalam

pelaksanaan inovasi dalam sistem pendidikan di Malaysia.