Hubungan kepimpinan distributif guru besar dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi guru di sekolah-sekolah rendah daerah Gombak Selangor

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan distributif guru besar

dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (TKO) guru sekolah rendah di daerah

Gombak, Selangor. Kepimpinan distributif guru besar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zahirah Shoba Abdullah
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8910
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan kepimpinan distributif guru besar

dengan tingkah laku kewarganegaraan organisasi (TKO) guru sekolah rendah di daerah

Gombak, Selangor. Kepimpinan distributif guru besar dikaji berdasarkan persepsi guru.

Teori Gordon telah gunakan sebagai asas untuk menerangkan mengenai kepimpinan

distributif yang berfokus kepada empat dimensi iaitu penetapan dan perkongsian misi,

visi dan matlamat sekolah, budaya sekolah, amalan kepimpinan dan perkongsian

tanggungjawab. Teori Organ pula digunakan untuk menerangkan mengenai tingkah

laku kewarganegaraan organisasi guru yang berfokus kepada lima dimensi iaitu prinsip

utamakan kesejahteraan orang lain, sifat teliti dan cermat, semangat kerja, kesopanan

dan nilai murni sivik. Kajian ini menggunakan reka bentuk korelasi. Seramai 320 guru

telah dipilih secara rawak sistematik daripada 12 buah sekolah rendah yang mempunyai

bilangan guru lebih 100 orang. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik

yang telah disahkan oleh tiga orang pakar dan mempunyai kebolehpercayaan yang

tinggi berdasarkan pekali Cronbach Alpha = 0.92. Data kajian telah dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan inferens seperti kekerapan, peratusan, min (M),

sisihan piawai (SP) dan korelasi Pearson. Dapatan utama kajian menunjukkan

responden bersetuju (M = 3.19; SP = 0.74) bahawa guru besar memiliki kepimpinan

distributif terutama dalam aspek perkongsian tanggungjawab (M = 3.31; SP = 0.77)

namun aspek amalan kempimpinan (M = 2.98; SP = 0.71 ) agak kurang berkesan.

Dalam konteks TKO, guru percaya (M = 3.49; SP = .57) bahawa mereka mengamalkan

TKO terutama dalam dimensi kesopanan (M = 3.61; SP = 0.52) namun aspek nilai

murni sivik (M = 3.38 ; SP = 0.64) kurang diamalkan. Hubungan di antara kepimpinan

distributif guru besar dengan TKO guru menunjukkan korelasi positif yang signifikan

tetapi sederhana berasaskan pekali Pearson (r = 0.48; p<0.05). Kesimpulannya, guru

percaya bahawa pemimpin sekolah mereka mengamalkan kepimpinan distributif dan

TKO guru adalah baik. Kepimpinan distributif guru besar dengan TKO guru juga

menunjukkan korelasi yang tinggi. Implikasi kajian menunjukkan bahawa guru besar

perlu memperbaiki amalan kepimpinan mereka dan guru pula perlu meningkatkan

penerapan nilai-nilai murni sivik dalam pengajaran serta menanamkan nilai murni sivik

ke dalam diri murid mereka. Hasil analisis ujian korelasi Pearson menunjukkan dimensi

kepimpinan distributif mempunyai hubungan kepada TKO guru-guru sekolah rendah

di daerah Gombak. Namun, dimensi amalan kepimpinan daripada kepimpinan

distributif berada pada tahap sederhana tinggi dan memerlukan perhatian untuk

membuat penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan kepimpinan distributif guru

besar di sekolah-sekolah rendah di daerah Gombak, Selangor. Ini adalah untuk

memastikan bahawa amalan kepimpinan berkesan guru besar akan membentuk tingkah

laku kewarganegaraan organisasi guru-guru yang berkesan.