Al-Istiarah dalam novel al-Zikrayat karya Ali Al-Tantawi berdasarkan teori relevan

Kajian ini berkaitan analisis penggunaan al-istiarah dalam novel al-Zikrayat karya Ali

Al-Tantawi. Kajian ini bertujuan untuk meneliti makna sebenar gaya bahasa al-istiarah

al-tasrihiyyah dan al-istiarah al-makniyya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siti Hafizah Aiyshah Mohd Ali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8951
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini berkaitan analisis penggunaan al-istiarah dalam novel al-Zikrayat karya Ali

Al-Tantawi. Kajian ini bertujuan untuk meneliti makna sebenar gaya bahasa al-istiarah

al-tasrihiyyah dan al-istiarah al-makniyyah yang disampaikan oleh Ali al-Tantawi

dalam penulisan beliau serta menganalisis musyabbah dan musyabbah bih yang

dibuang dalam penggunaan ayat tersebut. Untuk memperoleh hasil dapatan kajian ini

setiap kategori al-istiarah al-tasrihiyyah dan al-istiarah al-makniyyah dianalisis

menerusi gaya bahasa yang difahami iaitu menzahirkan makna tersirat. Kajian ini

menggunakan teks jilid pertama daripada lapan jilid keseluruhannya sebagai data

kajian. Metode kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan menganalisis dua jenis alisti

arah al-tasrihiyyah dan al-istiarah al-makniyyah untuk dijadikan model

kefahaman makna tersirat. Analisis berdasarkan teori relevan sebagai panduan untuk

mengesan gaya bahasa al-istiarah dan mencari makna sebenar. Reka bentuk kajian ini

ialah kualitatif dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Kajian ini

menganalisis 12 data kajian yang merupakan data al-istiarah al-tasrihiyyah dan alisti

arah al-makniyyah yang diperoleh sepanjang analisis dilakukan. Hasil analisis

kajian menunjukkan beberapa penggunaan al-istiarah dalam novel tersebut yang

terdiri daripada enam sampel al-istiarah al-tasrihiyyah dan enam sampel al-istiarah

al-makniyyah. Secara umum dapat digambarkan bahawa Ali Al-Tantawi banyak

menggunakan gaya bahasa al-istiarah dan kiasan dalam penceritaannya. Hampir setiap

helaian beliau menggunakan konsep al-istiarah seperti pinjaman watak bandar yang

berjalan dalam cerita manusia dibandingkan dengan bandar dan sejarah, sifat agama

Islam disamakan dengan benang, sifat manusia dipinjamkan kepada kehidupan,

tonggak seperti pemimpin dan jalan diumpamakan seperti mangkuk yang diisi dengan

air. Kajian ini mampu memberi pengetahuan dan kefahaman yang lebih terperinci berkaitan

al-istiarah kepada pembaca dalam memahami makna bahasa yang tinggi.