Kesan penggunaan bahan bantu mengajar berteraskan ICT dalam meningkatkan penguasaan Jawi murid Orang Asli

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan bahan bantu berteraskan ICT dalam

meningkatkan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli di

sebuah sekolah rendah daerah Kuala Kangsar. Bahan bantu meng...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Muhammad Hamdi Husaini Rashidi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=8957
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan bahan bantu berteraskan ICT dalam

meningkatkan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli di

sebuah sekolah rendah daerah Kuala Kangsar. Bahan bantu mengajar berteraskan ICT,

iaitu Power Point, Rainbow Jawi dan BlackBoard menjadi medium pengajaran dan

pembelajaran yang digunakan sepanjang proses intervensi. Pembinaan Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) guru dibina melalui sistem Collaborative Instructional

Design System (CIDS). Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen

telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian melibatkan 32 orang murid

Orang Asli Tahun Empat dan Lima yang tidak melepasi tahap lulus Ujian Diagnostik

Jawi 2019. Instrumen ujian pra dan pasca digunakan pada kajian ini bagi mengenal

pasti tahap kemahiran membaca dan menulis Jawi murid Orang Asli, seterusnya

mengkaji perbezaan pencapaian kemahiran membaca dan menulis Jawi sebelum dan

selepas intervensi selama 12 minggu. Data kajian dianalisis dengan menggunakan

analisis deskriptif dan inferensi. Dapatan Ujian Jawi Kemahiran Membaca & Ujian

Jawi Kemahiran Menulis Jawi pra dan pasca, memperlihatkan peningkatan tahap

penguasaan murid daripada tahap tidak menguasai kepada tahap menguasai secara

keseluruhan. Hasil analisis ujian-t berpasangan mendapati skor min Ujian Jawi

Kemahiran Membaca pasca signifikan (p<.05=0.00) lebih tinggi daripada skor min

Ujian Jawi Kemahiran Membaca pra. Selain itu, skor min Ujian Jawi Kemahiran

Menulis pasca dicatatkan lebih tinggi dan signifikan secara statistik (p<.05=0.00)

berbanding dengan skor min Ujian Jawi Kemahiran Menulis pra. Melalui kajian ini,

bahan bantu mengajar berteraskan ICT perlu dilihat sebagai suatu usaha yang berupaya

meningkatkan pencapaian murid murid Orang Asli dalam pembelajaran.