Kesan program spark ke atas peratus lemak badan, tahap kardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak berumur 11 tahun

Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK(Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahapkardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11tahun. Program SPARK yang mengandungi empat...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nurul Diyana Sanuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2018
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan utama kajian ini adalah untuk menentukan keberkesanan program SPARK(Sports Play Active and Recreation for Kids) ke atas perubahan peratus lemak badan, tahapkardiovaskular dan minat terhadap aktiviti fizikal dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 11tahun. Program SPARK yang mengandungi empat aktiviti kecergasan fizikal dan empat aktivitikecergasan kemahiran yang telah dijalankan selama lapan (8) minggu di empat buah sekolah rendah diTeluk Intan, Perak. Kajian ini berbentuk true experimental pre and post control group design.Sampel kajian terdiri daripada 240 murid yang telah dipilih berdasarkan kaedah ‘intact sampling’iaitu dalam keadaan di mana semua murid yang terdapat dalam lapan buah kelas dalam darjah lima (5)di empat buah sekolah dikekalkan sebagai subjek kajian. Subjek kajian seterusnya dibahagikan kepadakumpulan rawatan (n=120) dan kumpulan kawalan (n=120) secara rawak. Data dianalisis denganmenggunakan ANCOVA Dua Hala. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan skor min pasca antarakumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan bagi peratus lemak badan [F(1,117) = 668.092, p < .05],tahap kardiovaskular [F(1,117) = 232.30, p < .05] dan minat terhadap aktiviti fizikal [F(1,117) =175.485, p < .05] yang signifikan bagi murid lelaki selepas menjalani Program SPARK. Dapatan kajianjuga menunjukkan terdapat perbezaan skor min pasca bagi peratus lemak badan [F(1,117) = 628.166, p< .05], tahap kardiovaskular [F(1,117) = 2279.920, p < .05] dan minat terhadap aktiviti fizikal[F(1,117) = 363.741, p < .05] yang signifikan antara kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan bagimurid perempuan selepas menjalani Program SPARK. Kesimpulannya, Program SPARK memberikan perubahanyang positif dan signifikan kepada murid-murid yang menerima intervensi program berbanding kumpulanmurid- murid yang mengikuti kelas Pendidikan Jasmani seperti biasa. Implikasi kajian menunjukkanbahawa penggunaan Program SPARK dapat menarik minat murid- murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti fizikal seterusnya dapat meningkatkan tahap prestasi kecergasan fizikal dalam kalangan murid-murid.