Penerapan gaya pembelajaran perceptual melalui bahan PIntAR Kraf Seramik

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan gaya pembelajaran perceptual melalui

bahan pembelajaran berasaskan teknologi media baru yang telah dibangunkan oleh

penyelidik. Kerangka gaya pembelajaran perceptual tel...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Lokman Wan Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9035
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan gaya pembelajaran perceptual melalui

bahan pembelajaran berasaskan teknologi media baru yang telah dibangunkan oleh

penyelidik. Kerangka gaya pembelajaran perceptual telah dibentuk oleh penyelidik

dengan menggunakan kaedah peer debriefing meliputi elemen penglihatan,

pendengaran, bacaan dan sentuhan. Elemen ini diterapkan ke dalam pembangunan

bahan pembelajaran Kraf Seramik bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV)

Tingkatan 2. Model reka bentuk instruksional ADDIE (Analysis, Design, Development,

Implementation, Evaluation) digunakan untuk membangunkan komponen infografik

interaktif dan augmented reality dalam Bahan PIntAR Kraf Seramik. Kajian ini

mengembangkan aplikasi Teori Kognitivisme dan Teori Kognitif Multimedia bagi

proses penerimaan ilmu pengetahuan oleh murid. Kajian ini menggunakan pendekatan

kualitatif dengan kaedah kajian kes di dua buah sekolah di daerah Jerantut, Pahang.

Kaedah triangulasi digunakan untuk pengumpulan data dengan melibatkan

pemerhatian, temu bual dan analisis hasil karya. Triangulasi data ini bertujuan untuk

melihat tindak balas terhadap persepsi deria dan tingkah laku serta mengenal pasti

kesan penerapan gaya pembelajaran perceptual ke atas perkembangan murid. Seramai

16 orang murid Tingkatan 2 telah dipilih secara persampelan bertujuan untuk mengikuti

proses pembelajaran PSV berasaskan pendekatan Discipline-Based Art Education

dengan berbantukan Bahan PIntAR Kraf Seramik. Hasil kajian menunjukkan bahawa

penerapan gaya pembelajaran perceptual dalam sesi pembelajaran PSV telah

menunjukkan kesan yang positif. Keseluruhannya, dapatan kajian memperlihatkan

perkembangan murid meliputi empat tema utama iaitu meningkatkan kognitif,

mengaktifkan psikomotor, mengembangkan nilai afektif dan menggalakkan interaksi

sosial. Rumusan dapatan kajian ini telah menghasilkan sebuah Model Gaya

Pembelajaran Perceptual berasaskan Teknologi Media Baru bagi Mata Pelajaran PSV.

Model ini boleh dijadikan panduan oleh warga pendidik dalam proses pengajaran dan

pembelajaran untuk mengenal pasti dan memahami kecenderungan gaya pembelajaran

murid di abad ke-21 ini khusus bagi mata pelajaran PSV sekolah menengah. Implikasi

kajian ini boleh dilihat dari segi praktikal yang mana Bahan PIntAR Kraf Seramik boleh

digunakan sebagai bahan bantu belajar alternatif bagi mata pelajaran PSV.