Kesan modul pembelajaran kendiri peta minda buzan (PMB) ke atas pencapaian pelajar Pendidikan Asas Vokasional (PAV)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan modul pembelajaran kendiri PMB

ke atas pencapaian pelajar tingkatan satu Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Kajian ini menggunakan

pendekatan kuantitatif, iaitu reka b...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Muhammad Asri Madmor
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2018
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9045
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan modul pembelajaran kendiri PMB

ke atas pencapaian pelajar tingkatan satu Pendidikan Asas Vokasional (PAV). Kajian ini menggunakan

pendekatan kuantitatif, iaitu reka bentuk kuasi ekperimental ujian pra dan ujian pos. Kaedah

pensampelan rawak kluster digunakan bagi memilih sampel kajian. Respondan kajian terdiri daripada

47 orang pelajar kumpulan rawatan dan 41 orang pelajar kumpulan kawalan. Data pencapaian pelajar

dianalisis melalui pencapaian ujian pra dan ujian pos. Kaedah pengajaran dan pembelajaran secara

konvensional berasaskan modul digunakan oleh kumpulan kawalan, manakala Modul PMB-PAV digunakan

oleh kumpulan rawatan selama satu bulan. Data dikumpul melalui soal selidik, ujian pra dan ujian

pos. Kajian ini melalui beberapa peringkat iaitu pembinaan modul, persediaan modul dan penilaian

modul. Tahap penguasaan PMB dinilai dengan menggunakan Rubrik PMB. Dapatan kajian mendapati

peratusan tahap penguasaan kemahiran berfikir terutamanya kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

berada pada tahap yang rendah. Menerusi dapatan kajian ANCOVA iaitu [F(1,85), p < 0.005], MANCOVA

iaitu [F(1,82) = p < 0.005] dan MANOVA iaitu [F(1,92), p <

0.005] menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pencapaian kumpulan rawatan

berbanding kumpulan kawalan. Selain itu, dapatan menunjukkan kesan positif iaitu (r = .890) ke atas

peningkatan tahap kemahiran berfikir bagi kumpulan rawatan. Kesimpulannya, pendekatan alternatif

pembelajaran menggunakan Modul PMB-PAV dapat meningkatkan pencapaian pelajar tingkatan satu PAV

yang lemah dalam penguasaan kemahiran berfikir terutama KBAT. Implikasi daripada kajian ini

menunjukkan bahawa dengan menggunakan pendekatan MPK PMB dapat meningkatkan tahap kemahiran

berfikir pelajar PAV seterusnya memberi peningkatan

ke atas pencapaian pelajar.