Pendekatan pengajaran gaya bahasa perbandingan dalam pantun Iban

Kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran yang berkesan untuk mengajar

gaya bahasa perbandingan dalam Pantun Iban iaitu puisi rakyat (Leka main) orang Iban.

Dalam Kajian ini pendekatan merujuk kepada segal...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Richard Litan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9047
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengkaji pendekatan pengajaran yang berkesan untuk mengajar

gaya bahasa perbandingan dalam Pantun Iban iaitu puisi rakyat (Leka main) orang Iban.

Dalam Kajian ini pendekatan merujuk kepada segala strategi, kaedah dan teknik

pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini memanfaatkan

Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Teori Stilistik untuk merungkai objektif

kajian. Teori Pembelajaran Konstrutivisme digunakan untuk menghuraikan pendekatan

pengajaran yang berkesan untuk mengajar gaya bahasa perbandingan dalam Pantun

Iban, manakala Teori Stilistik digunakan untuk memahami makna atau semantik gaya

bahasa perbandingan dalam pantun tersebut. Kajian ini melibatkan enam orang guru

yang mengajar Bahasa Iban di dua buah sekolah menengah di Daerah Julau, Sarawak.

Reka bentuk kajian kualitatif jenis kajian kes digunakan. Data kajian dikumpul

menggunakan kaedah lapangan iaitu protokol temu bual, pemerhatian dan analisis

dokumen. Kajian kepustakaan digunakan untuk membuat rujukan, perbandingan dan

mencari maklumat lanjut berkaitan dengan kajian. Semua data kajian diproses dan

dianalisis secara tematik menggunakan analisis deskriptif. Kesahan dan

kebolehpercayaan data kualitatif kajian ini boleh didapati serta dinilai melalui

triangulasi data, catatan nota lapangan, instrumen kajian dan pengesahan pakar. Secara

keseluruhannya, kajian ini telah berjaya menghasilkan dapatan yang positif berdasarkan

objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan lima jenis pantun Iban yang digunakan

oleh guru-guru dalam pengajaran Bahasa Iban di sekolah menengah ialah pantun

peransang, pantun puji, pantun sayau, pantun meri ngirup dan pantun serebana.

Dapatan kajian juga menunjukkan gaya bahasa perbandingan yang terdapat dalam

pantun Iban ialah metafora, personifikasi, simile, imejan, pleonasme atau tautologi,

alegori, perifrasis, antitesis, depersonifikasi dan prolepsis atau antisipasi. Implikasinya

ialah pendekatan pengajaran gaya bahasa perbandingan dalam pantun Iban

menggunakan gabungan teori konstruktivisme dan teori stilistik.