Kesan latihan pliometrik terhadap kuasa dan kepantasan kaki

Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk melihat kesan latihan pliometrik yang dijalankan

selama enam minggu terhadap penghasilan kuasa dan kepantasan kaki dalam kalangan pemain bola sepak

berusia 13 dan 14 tahu...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2011

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9051 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Objektif utama penyelidikan ini adalah untuk melihat kesan latihan pliometrik yang dijalankan

selama enam minggu terhadap penghasilan kuasa dan kepantasan kaki dalam kalangan pemain bola sepak

berusia 13 dan 14 tahun di Melaka. Selain itu ia juga ingin melihat pola perubahan yang berlaku

dalam tempoh enam minggu latihan ini dijalankan. Bagi tujuan itu, dua ujian tambahan dilaksanakan

selain ujian pra dan ujian pasca. Ujian tersebut adalah ujian minggu ke-2 dan ujian minggu ke-4.

Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah sukan negeri di Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan

Seri Kota. Subjek kajian (n = 33) terdiri daripada pemain bola sepak berusia 13 dan 14 tahun.

Subjek dibahagikan kepada dua kumpulan, kumpulan eksperimental (n = 17) mengikuti program latihan

pliometrik dan kumpulan kawalan (n = 16) menjalani latihan seperti biasa tetapi tidak melibatkan

latihan pliometrik. Kaedah penyelidikan eksperimental telah digunakan dalam kajian ini bagi

mendapatkan data melalui dua item ujian iaitu; Ujian Lompat Menegak untuk mengukur kuasa kaki dan

Ujian Lari Pecut 30 meter untuk mengukur kepantasan kaki. Data yang diperoleh dianalisa secara

berkomputer menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS). Ujian-t Sampel

Berpasangan dan Ujian Anova-Sehala Bagi Pengukuran Berulang digunakan untuk membandingkan min dan

sisihan piawai bagi menjawab hipotesis pertama, kedua, ketiga, keempat kelima dan keenam dalam

kajian ini. Skor min ujian lompat menegak pada ujian pra (M = 42.71, SD

= 5.61) dibandingkan dengan skor min ujian minggu ke-2 (M = 45.06, SD = 5.62), ujian minggu ke-4 (M

= 49.06, SD = 5.44) dan ujian pasca (M = 51.06, SD = 5.62). Begitu juga dengan skor min ujian lari

pecut 30 meter pada ujian pra (M = 5.58, SD = 0.41) juga dibandingkan dengan skor min ujian minggu

ke-2 (M = 5.45, SD = 0.40), ujian minggu ke-4 (M = 5.22, SD = 0.40) dan ujian pasca (M = 5.01, SD =

0.38). Selain tu Ujian-t Sampel Tidak Bersandar digunakan untuk menjawab hipotesis kajian ketujuh

dan kelapan bagi tujuan membandingkan skor min ujian lompat menegak antara kumpulan

ekperimental (M = 51.06, SD = 5.62) dan kumpulan kawalan (M = 43.38, SD = 5.48). Perbandingan skor

min ujian lari pecut 30 meter juga dilakukan antara kumpulan eksperimental (M = 5.01, SD = 0.38)

dan kumpulan kawalan (M = 5.64, SD = 0.38). Hasil dari analisis data yang diperoleh menunjukkan

bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara ujian pra dengan ujian minggu ke-2, ujian minggu

ke-4 dan ujian pasca dalam kedua-dua item ujian. Perbezaan signifikan juga terdapat antara kumpulan

eksperimental dan kumpulan kawalan bagi kedua-dua item ujian. Oleh yang demikian pengkaji mendapati

bahawa latihan pliometrik selama enam minggu dilihat dapat memberikan kesan yang signifikan

terhadap penghasilan kuasa dan tasan kaki

dalam kalangan pemain bola sepak berusia 13 dan 14 tahun di Melaka.