Pembangunan model komuniti pembelajaran profesional untuk sekolah rendah berprestasi tinggi di Malaysia

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dilaksanakan secara meluas sebagai salah

satu kaedah pembangunan profesionalisme guru sekolah seluruh Malaysia, namun

sehingga kini belum ada sebuah model lengkap KPP khusus u...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamarudin Ismail
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2022
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=9054
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dilaksanakan secara meluas sebagai salah

satu kaedah pembangunan profesionalisme guru sekolah seluruh Malaysia, namun

sehingga kini belum ada sebuah model lengkap KPP khusus untuk sekolah rendah di

Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan model KPP untuk

sekolah rendah berdasarkan standard sekolah rendah berprestasi tinggi di Malaysia.

Pendekatan penyelidikan reka bentuk dan pembangunan atau DDR digunakan dalam

kajian ini yang terbahagi kepada empat fasa. Fasa pertama merupakan analisis

keperluan menggunakan kaedah sorotan literatur secara sistematik dan analisis modelmodel

KPP tempatan dan antarabangsa. Fasa kedua merangkumi fasa pembangunan

model yang menggunakan kaedah Fuzzy Delphi tiga pusingan. Pusingan pertama

melibatkan temu bual bersama 14 orang pakar yang menghasilkan soal selidik KPP.

Seterusnya pusingan kedua memerlukan panel pakar memberikan maklum balas dan

menambah baik soal selidik tersebut. Pusingan ketiga, hasil akhir analisis Fuzzy Delphi

yang dilakukan menunjukkan keseluruhan item soal selidik mendapat peratus

persetujuan yang tinggi daripada panel pakar. Selanjutnya, fasa ketiga ialah penilaian

model melalui kaedah tinjauan soal selidik yang melibatkan seramai 400 guru dari 25

buah sekolah rendah berprestasi tinggi dari seluruh negara. Hasil tinjauan soal selidik

tersebut menunjukkan tahap pelaksanaan amalan KPP adalah tinggi dengan nilai skor

min= 3.98. Seterusnya, fasa keempat iaitu fasa pengesahan model menggunakan

analisis faktor pengesahan atau CFA. Hasil analisis CFA menunjukkan nilai indeks

kesepadanan; RMSEA= 0.091, CFI= 0.928, ChiSq/df= 4.124, yang mengesahkan

bahawa model KPP yang dibangunkan adalah sepadan dengan data kajian. Sumbangan

utama kajian ini ialah terbinanya sebuah model KPP baharu untuk sekolah rendah yang

berprestasi tinggi di Malaysia. Menerusi model ini, tiga anjakan PPPM (2013-2025)

dapat diketengahkan iaitu meningkatkan profesionalisme keguruan, keperluan

kepimpinan berprestasi tinggi serta penglibatan ibu bapa dan komuniti secara meluas.

Model yang dibangunkan ini diharap menjadi panduan jelas kepada pemegang taruh

sistem pendidikan negara khususnya dalam pelaksanaan KPP di sekolah.